Followers

Monday, January 18, 2010

Bawah Pokok - Kawasan Perdagangan yang hampir dilupakan.


Ramai orang luar mahu pun orang Kuantan sendiri tidak tahu bahawa kawasan sekangkang kera ini adalah merupakan satu kawasan perdagangan yang tertua di Kuantan. Ianya telah lama wujud, mungkin lebih dari 50 tahun dahulu atau lebih lama lagi. Terletak di satu bidang tanah berbentuk tiga segi ( bukan tiga segi emas) di tengah tengah bandar Kuantan. Keluasan nya hanya kira kira 2 rantai bukak dan panjang lebih kurang 2 rantai, yang hanya mampu untuk beberapa lot lot ruang perniagaan.

Kawasan yang dikenali dengan nama Taman Kerang atau lebih dikenali dengan nama komersilnya " Bawah Pokok"ini, menempatkan kira kira dua puluh orang usahawan Melayu dalam berbagai jenis perniagaan. Banyak urusniaga berlaku disini, terutamanya ubat ubat tradisional melayu, seperti lemah tenaga batin, kencing manis, darah tinggi , gaut dan sebagainya. Ada juga jualan buku buku dan majallah lama dan barang barang antik disini.

Jika berminat dengan batu cincin , disinilah tempat yang sesuai untuk mencarinya. Mengikut penjual batu batu permata itu, barangan tersebut datangnya dari serata dunia. Kadang kala kita dapat berjumpa dengan Tuan Haji Osman Limat , Tuan Wil dan Encik Mat Nor melepak dikawasan ini menjual hasil karya seninya. Dan terbaru perubatan secara urut refeksiologi yang menawarkan perkhidmatan mengurut selama 30 minit dengan bayaran minima RM 16.00.

Perniagaan dikawasan ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan di tutup sebelum sembahyang zohor. Pelanggan yang berkunjung kesini, datangnya dari berbagai peringkat terutamanya dari kalangan orang orang yang pencen.

Pembangunan pesat Kuantan, tidak menjanjikan apa apa untuk peniaga peniaga yang rata ratanya orang melayu dikawasan ini. Mereka boleh terus bercakap besar sebagaimana perniagaannya sehingga entah bila.

19 comments:

piewahid said...

saya suka dgr 'ceramah' org jual ubat kuat! mcm bende tu aje lah yg org kita duk fikir dlm dunia ni. hihihi.. mknanyer kalu org tu beli, dia lemoh ke, xckup power ke guaner?? tlg jwb tuan rumoh..

Relevan said...

Ini kawasan dekat dengan pokok buluh tu ka?..

Anonymous said...

Ye la, mn lokasi maa? Dkt masjid?

ismimaizura said...

mmg lama tmpt ni..rindu lak ase kt kuantan my village..nk blik sna..uwaaa..

Maiyah said...

x pernah gi sini huhuu

Anonymous said...

Rasanya akak pun tahu tempat ni.

Baru-baru ni bila ke kuantan nampak kawasan ni ketika kami ke Tanjung Api untuk sarapan pagi.

Di mana-mana pun ada berniagaan macam ni kan.

endiem said...

piewahid.
ramai orang yg tak yakin dengan kekuatannya dan ndak kekuatan tambahan, kot begitulah yek.

relevan.
dulu ianya bersambung dengan bawah pokok buluh. Oleh kerana PKNP dan MPK telah mengambil sebahagian besar kawasan ini untuk tujuan tempat letak kereta, maka ianya telah terasing.

intan.
kawasan ini terletak dipersimpangan
diantara jalan mahkota dengan jalan bukit ubi, memang dekat dengan masjid agak agak sepelaung

endiem said...

@juera..
balik lah , kuantan menunggu aok.

maiyah..
banyak orang tak nampak tempat ini. Yang orang nampak Kuantan Parade, Mega Mall, EC Mall, Gaint dan macam lagi weh.

Kunang-kunang pergi tg. api makan nasi minyak ke atau nasik kerabu.

endiem said...
This comment has been removed by the author.
Hashim Zabidi said...

Dulu namanya 'pokok buluh' tempat saya melepak 'tempat jual kempen' macam-macam ubat tradisional. Diantara pokok buluh yg dulu dengan taman kerang yg sekarang ada gerai makan cina melayu dan sekarang tiada lagi. Dihadapannya (opposite) ada kawasan pasar buah terutama durian.

Tempat jatuh lagi dikenang....

endiem said...

Pak hashim.,
kome pun selalu melepak kat situ.

Kakcik Seroja said...

Kalau kakcik pergi Kuantan lagi.. bolehlah kakcik singgah kat bawah pokok tu. :)

endiem said...

kak cik, singgahlah.

terokai seni said...

kat mana ter, koi nok nyinggoh skali kalo ke kuantan

al-lavendari said...

NAK PERGI BUAT REFLEKSOLOGI JAUH SANGATLAH PULAK. BALIK SENAWANG NANTI SAKIT BALIK, KENA PERGI SEMULA KE KUANTAN .. BILA NAK HABIS !

endiem said...

cemomoi.
kalau aok nak datang kuantan , aok perati sebelum sampai masjid besar, tengok orang ramai2 bawah pokok tu lah dia.

al lavendari..
betul tu.. tapi kalau ada kerja lain bolehlah tengok.

noorlara said...

pembangunan pesat di mana manapun seluruh Malaysia ni tak menjanjikan apa apa kepada melayu hahahahha

Anonymous said...

endiem,

Saya ke tanjung api makan laksam dan nasi dagang serta keropok lekor. Keropok lekornya sedap sama macam keropok terengganu,

Selalu juga ke Tanjung Lumpur untuk makan ikan bakar.

endiem said...

noorlara..
orang melayu perlu lebih berdikari dan kena belajar bersaing bagi mengejar bidang perniagaan yang jauh ketinggalan..

kunang2.
tahu tempat tu.