Hari ini hari Jumaat. Hari Jumaat penghulu segala hari. Selain dari dapat bersembahyang Jumaat dan mendengar kuthbah, kita juga boleh mendapatkan ganjaran pahala-pahala sunat yang lain yang diberi pada hari Jumaat.
Kelihatan di laman Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, begitu goge sekali dengan orang orang yang berjual beli pada pagi jumaat ini. Aktiviti sebegini hanya kelihatan pada setiap hari jumaat sahaja bermula jam 9.00 hingga 3.00 petang . Banyak barangan yang didagangkan disini pada masa ini seperti minyak urat, minyak angin, ubat sakit mata, buah tunjuk langit, kurma madu , kitab dan buku ugama dan juga minuman seperti susu dan dadih.
Gerai yang menjadi tumpuan ramai ialah gerai yang menjual kopiah. Rodong-rodong yang terlupa membawak songkok atau kopiah bolehlah mendapatkannya disini dengan rega serendah RM 4.00.
Di satu sudut pulak kelihatan van "Cendol Hameed " atau beca mamak yang menjual cendol, abc dan cendol pulut dikerumun oleh orang ramai yang haus dahaga.
Apabila laungan azan berkumandang dari serombong speaker Masjid Sultan Ahmad satu , menandakan masuknya waktu zohor bagi kawasan Kuantan , Pekan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya , suasana di sini mulai tenang. Orang Islam yang ada disekitar kawasan ini akan masuk kedalam masjid untuk menunaikan kewajipannya pada hari jumaat ini.
Tempat ini akan menjadi goge semula bila habis sahaja doa dibacakan oleh imam masjid sehinggalah kepetang.

9 comments:
Van Cendol Hameed? maju dia nei, dulu kat pasor besor Pekan nun bese juga dia parking.
Salam hari jemaat weh.
Harap2 semua yang memusing musing kat kawasan ini bila tiba waktu solat jumaat karang..jangan lah menghala kearah lain pula..
Yassin..
Koi pekena cendol pulut dulu sebelum sembahyang.
relevan..
itu tak tahulah koi.. sebab koi dah masuk dulu bentang tikar.
sdp tu cendol, org beniaga cari rezeki
maiyah..
seminggu sekali.
Kawan bahan jeli je sokmo.Rehat pulok kat pondok ter....
salam en endiem
tak nak meniaga sekali? Apa kata en endiem meniaga buku2 agama? Berminat email la saya, rosnanie2201@yahoo.com
terima kasih
Buat kerja part-time ke, bentang tikar awal-awal hari jumaat....?
Sejuk hati dengar....
Rodong blogger..
oh yang ramai ramai tu termasuklah aok ye,hehehe
rosnanie..
salam..terima kasih..
Pak hashim..
siak.
Post a Comment