Satu dari masalah besar yang dihadapi oleh pasangan yang bekerja , ialah menjaga anak anak semasa mereka keluar berkerja. Anak anak yang baru lepas hari hinggalah menjangkau umur sekurang-kurang sepuluh tahun perlu pengawasan orang tua setiap masa. Oleh itu pasangan yang kerja pejabat pejabat, mengajar , berkerja di hospital , kilang dan syarikat swasta mahupun bekerja sendiri, perlu menangani masalah ini dengan apa cara sekali pun.
Biasanya budak budak kecik ini akan dihantar ke pusat pusat jagaan kanak atau ke rumah orang yang mengasuhnya setiap kali pasangan ini keluar bekerja. Setiap pagi belum pun celik mata, budak budak ini telah diusung oleh ayahnya masuk kedalam kereta untuk dihantar ke TASKA atau rumah " Mak asuh". Ibu akan menyediakan bekalan didalam raga yang akan ikut sama kemana sahaja budak ini pergi. Satu check list keperluan semasa diperantauan perlu disediakan.Barang barang penting yang tidak seharusnya dilupakan ialah botol susu, susu tepung, puting, lampin pakai buang ( tak kira apa jenamanya), minyak burung, tuala, bedak, losen dan beberapa helai pakaian.
Tanpa disedari budak budak ini telah berpindah dari rumah sendiri ke rumah yang lain. Semasa penyerahan di pagi buta ini, ada yang menangis, ada yang meraung, melolong dan ada yang buat tak reti saja. Tak tahulah apa yang ditangisinya, sama ada sejuk atau tak nak berpisah dengan ibu. Walau macam mana esak dan tangisnya, transaksi ini tetap akan berlaku. Ibu bapa perlu menyerahkan bayi seberapa cepat yang boleh, kerana bimbangkan punch card di pejabat.
Bagi mereka yang banyak anak belanja untuk penjagaan budak budak ini kasar jugak. Kadang kala ia boleh menyamai separuh dari pendapatan bulanan ibu ibu yang bekerja. Itu belum lagi belanja lain seperti membeli pampers, susu dan belanja ke klinik jika ada batuk, selsema dan demam.
Selepas punch kad pada belah petang , cepat cepat berkejar ke TASKA atau rumah pengasuh untuk mengambil budak budak ini. Tapi kalau ibu yang akan berkursus atau kerja out station budak budak itu akan ditinggalkan untuk beberapa hari dirumah pengasuh.

16 comments:
Itulah survival bayi dan kanak-kanak zaman kini - proses untuk jadi orang. Ya! jangan sampai ibu bapa dipersalahkan...
mmg itulah rutin tiap hari pd yg dah bergelar ibubapa.. camne pun suma akan lakukan yg terbaik buat anak2nya
cuma yg takutnya, anak2 tu terserah pada pengasuh yg pandai berlakon. Depan kita bukan main lagi baiknya. Belakang kita rupanya lain,anak kita yg jadi mangsa. Pengasuh begini hanya pentingkan RM shj.
Itulah pengorbanan ibubapa. Berkorban perasaan anak dan korban perasaan sendiri demi mencari kehidupan yang lebih baik.
Ibubapa mana yang tak sedih bila tengok anak terketik2 meraung tak nak ditinggalkan
waktu bayi tersebut kecil ia ditinggalkan dirumah asuhan pagi-pagi lagi. Bila besar nanti bayi tersebut akan meninggalkan ibu dan ayahnya di rumah orang-orang tua pula nanti.
Assalamualaikum, kepada sesapa yang menjadim pengasuh budak tu peganglah amanah ibubapa yang menyerahkan anaknya tu, kasihilah dan jagalah anak2 itu sesempurna kita menjaga anak2 kita sendiri, semuga ganjaran baik akan kita raih satu hari nanti...
koi berpendapat alangkah baiknya setiap jabatan/ pejabat yg mmpunyai staf yg ramai mngambil inisiatif menyediakn sniri pusat jagaan kanak2 dgn mengenakn bayaran yg berpatutan, supaya senang urusan pengangkutan, ikatan kasih syg, kecemasn, elakkan stress, galakkn susu badan & ibu2 leh memantau jika perlu. negara maju dh lama praktikkan.
ada d kalangan rakan2 guru koi kabo kat skolah2, ada pendidikan pra skolah. ank2 cikgu pun ada yg tumpang, xjadi masalah pun...bkn bmakna mak dia org asyik nk bkepit dgn ank2 dia org. org pompuan pun tau t/jwb memasing..
kekadang pusat jagaan ni mngenakn byrn xmasuk akal. bkn smua mak bapak senang.
tapi kalu gaji stakat lepas byr upah pengasuh je, baik la ibu2 duk umah jaga sniri. itu lum masuk kos transpot, mkn minum dsbnya. bygkn, byr kat pengasuh je utk 3 org anak dh cecah 600. pakai bibik 500. kalu gaji 1000 ke bwh, baik duk umah...
ntah la, pandangan je tu. ke guane tuan rumoh?
Beginilah gaya jika laki bini bekerja..mboh juga anak2 jadi manje lebih lebih dengan mak asuh dia orang..
Koi ada pengalaman pahit tggl anak kecik kat pengasuh ni..huhu..
Pak hashim..
budak budak pun kena berkorban kerana mak ayah..
maiyah..
betul te, kena buat macam itulah.nak ambik pengasuh indon bimbang jugak dah banyak jadi macam2.
Lipisman..
ada jugak pengasuh yang begitu, tapi itu pendik rezeki namanya.
kunang-kunang..
Pengorbanan anak anak jugak..
Lipislady..
betul cakap aok tu, kadang2 anak anak lebih rapat dengan pengasuh dari mak ayah sendiri.
abu muaz..
janganlah begitu.
soho..
idea aok tu memang klas. Di seseparuh tempat mungkin dah ada tapi tak meyeluruh.
relevan..
memang ada,
intan ..
dalam semua hal perlu berhati2, lebih lebih lagi melibatkan budak budak kecik.
salam endiem... kita bersusah payah seharian.. menjaga.. anak2 kita.. bila kita berkerja.. anak kita tinggal dgn pengasuh.. walau pun ada orang yang jaga anak kita.. tapi hati kita yeyap tak tenteram.. risau semcam.. je... takut gak berlaku.. perkara yang tak di ingini.. susah payah kita sekali pun sebagai ayah.. boleh jaga anak 10 orang.. tapi ada juaga anak yang sanggup buang ayahnya kat tepi jalan... dunia... dunia...
Abeli..
tanggungjawab ibu bapa jaga anak. tapi masa tua ibu bapa belum tahu lagi di jaga oleh anak2. mintak mintak janganlah begitu.
itulah realiti hidup mencari sesuap nasi. tapi saya bersyukur kerana isteri saya suri rumah sepenuh masa (atau sepanjang masa ?) .. taklah berdepan dengan masalah seumpama itu.
Post a Comment