Followers

Friday, December 11, 2009

Macam macam Mesyuarat

Menjelang tahun baru ni banyak sangat mesyuarat. Boleh dikatakan bilang hari ada je surat panggilan mesyuarat. Ada mesyuarat bajetlah, ada mesyuarat 5S lah , ada mesyuarat kelab lah, ada mesyuarat pagilah, mesyuarat petang, mesyuarat malam, dan berbagai jenis mesyuarat. Tapi panggilan mesyuarat yang ini agak pelik sikit.

kepada:,
Semua Ketua Bahagian, Ketua Unit, Ketua Seksion.

MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN MESYUARAT TAHUNAN KETUA BAHAGIAN/UNIT/SEKSION.

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat seperti diatas akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh: 14 Disember 2009
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

Agenda:
Ucapan Pengerusi
Penetapan tarikh dan tempat mesyuarat
Cadangan Agenda Mesyuarat.

Sekian , harap tidak diuzurkan, terima kasih

Saya yang benar


PENGURUS BESAR

Patutlah banyak mesyuarat..

9 comments:

relevan said...

Kawan kadang te kena juge ke Mesyuarat persatuan Janda janda peringkat daerah..

maiyah said...

sakan le ngan mesyuarat :D

Hashim Zabidi said...

Nak tetapkan tarikh mesyuarat dan cadangan agenda pun kena panggil mesyuarat juga. Kawan ketinggalan zaman agoknya...

Mazru Majid said...

huhu mesyuarat menetapkan cadangan mesyuarat pun ander...hmm mmg bz la aok endiem.

endiem said...

Releven..
Aok pengerusinya?

maiyah..
tu lah pagi petang sinag malam mesyuarat mesyuarat

Pak Hashim..
Mesyuarat banyak bagus.. minum free

Mazru..
bz memanjang koi ..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Maru bete deme yek..belapis2 mesyuarat..nok melepas ke mesyuarataa sebeno jenuh...

endiem said...

Lipislady..
koi ni tak de arah weh., ikut je..

sha said...

xpelah...gi jer..di situ kita bole melontarkan ide-ide dan saranan di mana org lain "terpaksa" dengar.

endiem said...

sha..
memang kena pergi..minum free