Followers

Wednesday, September 29, 2010

Tanda Air - Bera


Nampaknya Daerah Bera juga telah mempunyai "Tanda Air" nya sendiri selain beberapa daerah lain di Negeri Pahang.Tanda Air Kuantan, Temerloh dan Pekan telah lama ada dan salah satu fungsinya menyukat paras air sungai dikawasan masing masing. Tanda air Bera ini nampaknya macam diatas tebing sungai sahaja dan payah ampuh. Tapi kalau banjir besar mungkin akan ampuh jugak.

Tanda Air Bera ini terletak disatu lokasi yang agak jauh dari bandar Bera, agak agak sekitar 7 atau 8 km. Kalau dari Temerloh menghala ke Bera selepas kita berjumpa tempat orang orang Temerloh menjual ikan talapia dan patin sangkar seperti kampung Pangsenam , Buntut Pulau dan Pengkalan Jaya, kita akan berjumpa dengan tanda Air Bera ini. Ianya jelas nampak di seberang Sungai Pahang menandakan kita telah masuk dalam wilayah Bera.

Kita rasa bimbang juga kalau ada budak budak nakal buat pedajal bubuh huruf 'K ' di hujung tanda air ini.

19 comments:

Hashim Zabidi said...

Nanti orang Bera bawok sepanduk, amacam. Benteng kuat takpe...

a kl citizen said...

oo.. itu tanda air ya..
baru saya tahu

akuanakpahang said...

Jerantut nie tak de lagi gayanya... kut jauh drp bandor sungainya jadi x de org nok nengoknya hehehe...

cemomoi said...

kale koi lalu tanjung batu ke guai sokmo jumpa tanda ni. masa mula pasang dulu ingat nak buat menda, rupanya ni le dianya

t 'k' tu, dulu ander bas dari triang hok masuk gugusan mendi namanya bas sri bera, tah mana mamat nakei hok namboh 'k' hujungnya, dah buruk pulok bila baca nama bas ter

relevan said...

Nanti endiem yek..aok tunggu Jerantut pula akan ada Tanda air ni..

Cikgu Jang .. said...

yg pelik nya...takde pun aktiviti yg dijalankan di dataran seberang sini ( kat kg mengkarak)...kot2 ade lumba bot laju ke...boleh kome pegi tengok...

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Lepih pun tak ada tanda air lagi, kalau ada boleh jaga keh mengambonya...

endiem said...

Pak hashim..
bawak sepanduk tak pe..

endiem said...

a kl citizen..
begitulah gayanya kalau tanda dudok tepi air tanda airlah kot.hehehe

endiem said...

yassin..
kat jerantut letak kat tepi jerantut feri.

endiem said...

cemomoi..
he he he..

endiem said...

relevan..
kat jerantut boleh buat tanda bukit..
letak atas bukit dekat balai polis.

endiem said...

cik gu jang..
tak lama adalah YB menteri buat program te..

endiem said...

Lipislady..
Molek juga lipis buat tanda air kat seberang jelai street nampak dari rumah rakit.

zulkbo said...

salam..
molek lah tu..
memandangkan musim
hujan air selalu naik
cepat..jadi senang nak
standby lari..he he

syaher khan said...

rndu pulok kt bera...lme xpegi,,,

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pernah dua kali kesana...oh talapia kenapa engkau membuat aku teringgin membakar dan membuat cicah asam

Kunang-Kunang said...

Salam endiem

Saya pun baru ni tahu yang 'tulisan' tu tanda air rupanya. Selama ni dok ingat saja-saja letak 'nama' di situ sebagai lambang.

Webmaster@Echam said...

Jerantet je belum ade tanda air ni. Koi kene kabo ke Abg Relevan ni...