Followers

Tuesday, March 30, 2010

T.C

Telok Chempedak atau singkatannya TC bukanlah satu benda yang asing bagi orang orang Pahang. Malahan ianya juga dikenali oleh orang orang dari negeri lain. Orang orang yang datang dari luar Pahang akan terasa meskil jika tidak dapat datang ke TC bila berkunjung ke Kuantan. TC menjadi tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu, untuk berkelah, mandi manda dan mencuci mata.

Pada hari hari biasa TC tidaklah semeriah hari Sabtu , Ahad dan Cuti cuti umum yang lain. Hanya kelihatan beberapa orang sahaja yang mundar mandir di kawasan ini. Kadang kala kita terjerempak dengan pegawai pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang yang saja saja datang mengambil angin disini.

Bagi orang orang Kuantan sendiri, TC bukanlah satu tempat yang acapkali di kunjungi. Kadang kala ia menjangkau sehingga setahun dan mungkin lebih lama lagi.

Berikut adalah gambar gambar yang sempat dirakamkan dikalaTC kesunyian tanpa hiruk pikuk pengunjungnya.

Tapi tak tahulah di sebalik semak semak dan batu batu disitu.. kot kot ada orang.

21 comments:

zulkbo said...

salam..
cantik betul TC ni..
lama dah koi tak kesana
dalam 3-4 tahun rasanya
last koi pergi hujan ribut
popaleh balik saje..

maiyah said...

kali terakhir pegi thn 2000.. mmg cntik.. skrg nk pegi pntai sesgt tp terbatas huhuu

relevan said...

Heh heh..Tc ada banyak kenangan manis..disitulah awal pertemuan daku..

cemomoi said...

err bukan ke kat jematan tu banyak berukkk

Finaz said...

tak pernah gi situ.. tapi mmg sgt cantik

Hashim Zabidi said...

Tanjubg tembeling Teluk Chempedak
Diatasnya Bukit Pelindung
Kalau kita pergi mengendap
Yang benar jadi bohong.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, mengapa aok tak ambil sekali gambo pemandangan dalam semok2 atau atas bukit tu, mesti ada pemandangan yang lebih menarik...hehehe

hai said...

eh,lenggang betol ek,tapi kalo waktu malam cam pesta la plak...agaknya siang panas kot!!hehehe...

Kunang-Kunang said...

Cantik pantainya.

Kak ani pernah sampai ke TC ni beberapa kali.

Zaman sekolah dulu pun dah pernah sampai. Dulu dlm tahun 70an disatu batu besar dipergigiran air tu ada tertulis

Teluk cempedak airnya tenang
Tempat mandi muda & mudi
Telok Cempedak tetep ku kenang
Tempat peristiwa menyayat hati

Tak tahu kenapa akak boleh ingat pantun tu dgn baik hingga sekarang

Cikgu Jang .. said...

lame dh koi x ke sane ....

Jejaka Desa said...

Koi nok menjale kat sini boleh tak...

endiem said...

zulkbo..
bagus jugak sesekali datang.. mungkin banyak perubahan.

endiem said...

maiyah..
mungkin dah byk berubah.. pantai dah jadi semakin sempit.

endiem said...

relevan..
kenangan mengusik jiwa..

cemomoi..
mana ada beruk kat situ, beruk pun malu lalu disitu.

endiem said...

Finaz..
ada lapang datang le.. bukannya jauh sangat.

Pak hashim..
Telok chempedak di tepi pantai,
tempat mandi tempat berehat,
kalau hendak pergi bersantai,
jangan tunggu hari ahad,


Lipis lady..
Salam, takut kas nak ambik gambar tak pasai,kang ambik gambar bunga keluar gambar lain pulok.

endiem said...

hai..
kalau datang waktu malam , mesti ramai orang sbb , ada bazar malam, makan makan. orang pun dah dah habis kerja.


kunang-kunang,
jauh bezanya dengan tahun 70 an dulu. Sekarang dah berubah ada 2 kedai makanan segera,landskapnya juga berubah.

endiem said...

cik gu jang..
sesekali aok datang lah..

Jejaka desa,
ajak cik gu jang menarik pukat kat sini, hehee

Sha said...

salam:)
last gi TC 1988. tak secantik/indah mcm sekarang. Tak de jambatan kayu tue. sepjg pantai pasir dan batu aje...

Teringat memory lampau. Tapi dulu ramai bdk baya2 saya belajar dulu, "lepak"???

kelompen said...

salam rodong
ralit maca entri aok ne, hal kuantan, teluk sempedok, ingat masa di sana dulu. TC banyok memberi ilham puisi..

endiem said...

Sha..
Rasanya dulu 2 lagi cantik.. original, sekarang dah banyak make upnya.

kelompen..
Salam, memang , kalau direnung alunan ombak yang tidak henti henti menghempas badai.. Orang macam aok tentu boleh dapat banyak ilham untuk mengarang puisi..

Mak Su said...

saya terpesona dgn tc.... tapi entah bila nak pegi, asik dok rancangggg jer