Followers

Monday, March 8, 2010

Tebing Sungai - Pekan

Masih lagi di Pekan.

Pada Entri yang lepas koi ander menulis tentang (Waktu Pekan ) . Sehingga entri ini ditulis waktu yang di dipaparkan pada jam besar yang teletak di Dataran Pekan itu tak sama dengan kebanyakan jam yang ada pada tangan orang ramai di Malaysia. Jam tersebut menunjukkan waktu 2 Jam 15 minit lebih cepat dari waktu Malaysia yang sebenar. Ini bermakna jika pada masa ini pukul 10.00 pagi, jam pada Menara di Dataran Pekan menunjukkan waktu 12.15 pagi. Mintak lah tuan punya jam tersebut membela balik jamnya itu. Kalau tidak malulah orang-orang Pekan.

Satu lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah Pekan kepada orang awam dan warga Pekan ialah Tebing Sungai - Pekan atau Pekan Riverfront. Tempatnya terletak di sebelah hilir, kira kira sesepuluh rantai dari Bandar Pekan. Tempat ini dulunya alur sungai , dan di tambun untuk dijadikan sebagai satu tempat riadah , sambil ambik angin belah petang petang .


Lamannya lawar juga dan ditanam dengan berbagai bagai jenis pokok palm, termasuklah pokok nyior dan pokok sawit ( nampak macam pokok korma). Sekali pandang nampak macam padang pasir pulak. Ada juga hiasan dan lanskap kejur pondok rehat dan lembing atau tombak yang dicacak kan di kawasan itu. Tak tahulah kalau sawit atau nyior tu berbuah esok, mungkinlah tombak dan lembing yang ada di situ boleh digunakan sebagai galah untuk mengait nyior atau jadikan cop untuk menurunkan sawit.

Ianya mengadap ke Sungai Pahang. Tak de nampaknya rodong -rodong yang datang mengail di tebing sungai ini. Tak juga rodong rodong yang melabuh jaring , atau menebar jala di sini.

Orang Pekan mengelarkan tempat ini sebagai Tebieing sungai.

27 comments:

zulkbo said...

SALAM eNDIEM..
Koi rasa betul doh lembing tu di gunakan sebagai cop buah sawit..he he..nampok cantek suasana tepi sungei tu..mesti sejuk je anginnya..

al-mankaraqi said...

suasana nyaman..........

Cik SHiN~JU said...

ni la tmpt koi study mase skul dulu...lama x mkn kat gerai 'kulat'..
asik p ahla natrah ngn murtabak mengkasar jer tiapkali turun ke town...

piewahid said...

malu nok ngaku, koi xbrape tau ngat daeroh pekan ni. stakat gitu² aje. molek la deme criter..

Mazru Majid said...

sunyi je gaye nye tempat te

maiyah said...

nmpak tenang.. sesuai kalo sy lepak situ huhuu

relevan said...

Waris kome banyok kat Kampung Engku Datok...dekat dengan Kampung Parit..

Mak Su said...

apa maksud rodong?

Pacifist said...

wah..makin berseri bando pekan.pekan menggamit memori.teringat kwan main banjer mase musim banjer kat bando pekan.main rakit kat sungei umah kwn kat kg mekasor.bende paling menakutkan bile balik malam pastu melintas dpn muzium ngan perkuburan.mcm mcm cite kwn dengo mase kwn kecik.mokcik kwn penoh kene usik mase die keje kilang sebeloh muzium tu.

rosnanie said...

sejarah saya dgn pahang hanyalah kerana saya dilahirkan di kuantan pahang - sbb tu ic sy tghnya 06. Bila saya dh besar sikit, ayah dh pindah ke tpt lain, tak sempat nak ingat bandar2 di pahang ni. Apapun nice story, tks

Cikgu Jang .. said...

pas ni aok ceritelah pulak pasal murtabak sebesar pinggan kat pekan tu...makan 3 org sekeping, belum tentu habis...

Hashim Zabidi said...

apa tak sunyi,
kalau siang panas melengit
musim panas ni baunya kurrrrr...
kawan suka duduk lepih.

kelompen said...

endiem
koi pernah berakit ke pekan banyak kali dah.
singgah di dekat teksi pekan weh, tak daya nak mengalah dah, air tendang,tak mboh laju.
koi juga peboh duk pekan kg menkasar, jln tok tuan, lama dah weh tahun 75 tuh,sekoloh sane.

Kunang-Kunang said...

salam endiem,

Belum pernah sampai ke Pekan.

Bagus juga tanam pokok kelapa sawit, bila berbuah boleh ambik buahnya dan dapat hasil.

Pernah nampak orang kait buah kelapa sawit daripada pokok2 kelapa sawit yang ditanam di tepi jalan sebgai hiasan di Cyberjaya.

Jadi selain untuk landskep dapat hasil pulak.

endiem said...

Zulkbo..
memang nampak cantik.. tapi pada masa ini , panas sangat., garineng.

al-mankaraqi..
nyaman.. tepi sungai.

endiem said...

Cik Shin..
Lor aok belajar kat pekan weh..

piewahid..
sekali sekala datanglah ke pekan..banyak tempat menarik, macam kat Lepih jugak.

endiem said...

mazru..
masa koi tangkap gambar te, waktu tengahari, orang tak ramai, mungkin petang2 ramai awek awek keluar jogging kat sini kot.

maiyah..
tenang le.. nak lepak pun kena perati sikit.

endiem said...

Relevan..
Aok ada kena mengena dengan syed deraman ke?

Mak su..
Rodong tu maksudnya , kawan kawan atau sahabat.

endiem said...

Pacifist..
Sekarang pekan dah maju..hanta yang kuat menyakat tu dah lari ketempat lain.

rosnanie..
kalau ada masa datanglah ke Pahang, pergi Lepih Jerantut, Kuantan , Pekan.

endiem said...

Cikgu Jang..
Beli mertabak mengkasar,lepas tu kita tahan jaring kat tebing sungai, tentu banyak ikan.

Pak Hashim..
Orang pekan pun bukanlah ramai sangat yang melepak kat sini, tu yang nampak macam sunyi.

endiem said...

kelompen..
aok menghilir dari Lepih ke Temerloh, mahu mahu seminggu baru tiba dipekan..

Kunang kunang..
Sambil balik Trengganu tu lenconglah ke Pekan bukan jauh sangat dah.

Miecyber @ Sudu said...

Pemandangan yang menarik...

cemomoi said...

lawo betui pekan sekarang ni yek...

al-lavendari said...

ish ish .. lembing tu bahaya, kalau orang terjun payung jatuh atasnya, kan ke nyaya.

p/s: tempat ni di larang menangkap ikan kot ?

relevan said...

Rasa rasa kawan ada kena juga dengan Syed Deraman tu..

endiem said...

mie..
betul jugak kot..

cemomoi..
pekan dah maju, banyak sangat tempat rekriasi.

endiem said...

al-lavendari..
bahaya lembing tu..tapi kat sini tak de lagi orang terjun dengan payung..

relevan.
jenguk jenguklah warih aok te.