Followers

Thursday, March 18, 2010

Si Budak Kecil 1

Seorang budak kecil pergi sekolah,
hebat juga budak kecil ini,
Dan hebat juga sekolahnya yang besar,
Bila dia masuk kedalam bilik darjah,
Si budak kecil gembira,
Dengan sekolahnya yang hebat itu,
Tetapi tidaklah sebesar yang disangka.

Hari itu cik gu nya berkata,
" Hari ini kita akan melukis gambar"
"Baik" kata si budak kecil,
Si budak kecil suka melukis gambar,
Si budak kecil pandai melukis gambar,
Gambar ultraman, gambar kereta lumba,
gambar kapal terbang.
Sibudak kecil mengeluarkan pencil warnanya.
Dan sibudak kecil mula melukis.

Tetapi Cik gu berkata" Tunggu"
"Belum masanya untuk kamu bermula"
Dan cik gu menunggu semua pelajar bersedia.
" Sekarang " kata cik gu.
" Kita akan melukis gambar bunga"
"Baik" kata sibudak kecil.
Si budak kecil juga suka melukis bunga.
Si budak kecil mula melukis bunga dengan cantik.
Dengan pensil warnanya yang biru, jingga dan merah jambu.

Tapi cik gu berkata" Tunggu"
" Dan Cikgu akan tunjukkan"
Dan cikgu melukis bunga diatas papan hitam.
Bunganya merah, batangnya hijau.
" Nah" kata cikgu ". Semua boleh mulakan"

Si budak kecil melihat bunga gurunya,
Kemudian melihat pulak bunganya.
Si budak kecil suka bunga yang dilukisnya,
Tapi si budak kecil tidak bersuara,
Si budak kecil hanya memalingkan kertas lukisannya,
dan melukis gambar bunga yang serupa dengan bunga cik gu,
Merah bunganya dan hijau batangnya.

4 comments:

relevan said...

Gone diam banyok betul bunga ni..?

zulkbo said...

Salam Endiem
maaf koi tak berapa faham citer aok nie..he he

maiyah said...

budak tu takut cikgu mrh nnti kalo x lukis bunga serupa yg cikgu lukis

endiem said...

relevan..
tak diam mikir gone nak buat bunga ni.

zulkbo..
tunggu sambungnya.. si budak kecil 2 dan 3

maiyah..
cik gu ajar supaya lukis dengan betul.