Followers

Thursday, July 23, 2009

Tanaman Laman

Salah satu fungsi lanskap adalah mengwujudkan suasana harmoni dan nyaman. Elemen elamen lanskap lembut seperti tumbuhan dan air perlu digandingkan dengan lanskap kejur seperti arca, pintu gerbang dan sebagainya. Pemilihan jenis tanaman serta susunatur yang dirancang mengikut kesesuaian muka buminya juga menjadikan kawasan tersebut menarik.

Selain dari mengindahkan kawasan , tumbuhan juga mempunyai fungsi yang lain seperti meneduhkan, meghalang tiupan angin serta mengeluarkan buah untuk makanan manusia.

Di Kuantan pihak MPK telah berusaha menjadikan lanskap Kuantan menarik. Pemilihan pokok pokok palma seperti Royal palm, King palm, Mac arthur's palm, manila palm dan macam macam lagi adalah untuk memberi identiti kepada Kuantan sebagai sebuah bandar palma. Cuma pokok palma seperti kelapa sawit, pinang dan nibung tidak diberi ruang.

Koi amat setuju pihak MPK menanam pokok nyor dibeberapa tempat di kawasan dibandar kuantan seperti di depan sepital, jalan penjara dan depan dataran kemunting. Pokok nyor adalah pokok asal di kuantan seperti di tanah putih,kg.jawa dan darat makbar seharusnyalah diberi tempat berbanding dengan pokok lain seperti cycras dan fish tail palm. Cara menanamnya pun menarik . Puntang panting ada tinggi ada rendah, ada panjang ada pandak. Barulah nampak seninya.

Di sini tak ada tupai nak memunah putik nyor. Kala ada pun takdan lepas nak jangkit kesini dah kena lenggek dek lori atau kereta. Kalau ada pelepah, manggar, seludang dan kelongkong nyor yang jatuh, boleh kutip dan buang saja ataupun kompoi boleh buat unggun api kat pangkai pokok nanti cepat berbuah.

Bila dah berbuah lagi bagus. Kat Sepital pulok, kalau ada yang demam campak kait jelah buahnya ambik air, minum. Dan tiga kali minum dah kebah. Kalu buah dah banyak bawak berok turunkan buah atau upah je sidi manjat. Bila nak raya boleh ambik pucuk buat ketupat dan kalau sesak sesak tak dak lauk kenduri kahwin bolehlah ambik umbut, buat acar atau kerabu.

Tapi kalau berjalan dibawah pokok jaga-jaga sikit nanti hempap dek pelepah nyanyer.

7 comments:

relevan said...

Aok dtg kat Jerantut...pokok petai belalang banyok..he2

hai said...

masa ni deme dah siap aim,tunggu la bulan posa nanti,terang je nyior muda tu!!

Anonymous said...

ye tak ye juga.. kalau tanam pokok besar-besar susah jugak kalau ada angin.. nanti hempap kereta

Hashim Zabidi said...

Di setengah setengah kawasan Majlis Daerah lain pulak. Selalunya ikut mood Pengerusi (DO). Ada DO suka tanam bunga. Datang DO lain tebang pokok bunga. Sampai pula yg lain tanam. Bila DO lain pula tebang. Begitulah seterusnya...

Emblem of Purity said...

Oh..tu pokok kelapa betui ke (ada ke pokok kelapa yang tak betui? hehehe). Ingatkan tu pokok kelapa hiasan yang tak besor2. Besor tu je la sejok mule tanang...ngeeee~~~

endiem said...

relevan..
tanam pokok petai belalang pun ok gak.. tapi jangan tanam lalang sudah..

hai..
putik pun belum keluar.. macam mana nak jual bulan puasa tahun ini .. tahun depan mungkin boleh..

Pak hashim..
betul juga.. sekejap tanam kemboja, belum berbunga , tebang, tanam pulak .. pokok puding, lepas tebas, tanam pulak..pokok sena.. kalau koi tugal jagung je..

Emblem of purity..
Betul lah pokok pokok kelapa... di impot dari kg.bentan, dekat serandu.. dia orang gali pokok yang besar2.. dan pindahkan dgn. lori.. dan tanam.. mula2 nampak macam tak nak hidup je.. lepas 6 bulan mulalah nampak segar.

Basuh Baju said...

kenapa tak tanam pokok lebat2? baru sejuk sikit time jalan kaki..hehe