Followers

Thursday, July 9, 2009

Mandi Sungai

Kepentingan sungai kepada kehidupan manusia tidak boleh dinafikan lagi. Sungai menjadi punca sumber air untuk minuman bagi benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Pada masa dulu, sungai dijadikan laluan bagi menghubungkan dari satu tempat kesatu tempat. Orang-orang dari Kg. Ganchong akan hilir ke Bandar Pekan membawa hasil tanaman seperti pisang, getah dan jagung dengan perahu atau motorbot melalui Sungai Pahang. Begitu jugalah godong-godong di Kampung Bantal akan menghilir dengan bot sangkut melalui Sungai Tembeling ke Kuala Tahan dan seterusnya ke Kuala Tembeling untuk ke Jerantut. Satu lagi kepentingan sungai pada ketika itu ialah tempat untuk mencuci pakaian, kekotoran dan mandi manda.

Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan sungai untuk tujuan tersebut kerana di kebanyakan tempat telah ada jalan raya.Kampung2 dan desa2 juga telah ada kemudahan air paip JBA. Walau pun kadangkala air selalu tak keluar dari kepala paip orang-orang pahang telah pun melupakan peranan sungai. Tapi kalau dah dua tiga hari tak mandi barulah teringatkan nak cari sungai. Ada juga godong-godong yang memang menjadi hobi mandi sungai. Bila nampak je sungai mula nak terjun. Mungkin juga tak de kemudahan kolam renang ditempatnya.

Mandi sungai , seronok. Airnya sejuk hendak pulak dikawasan kawasan hulu, jeram dan dikawasan air terjun. Sungai -sungai yang besar seperti Sg.Pahang, Sg. Semantan, Sg. Tembeling dan Sg. Kuantan bolehlah menjadi pilihan untuk mandi. Tapi awas, mungkin sungai ini dalam. Beberapa tahun yang lepas 3 orang budak sekolah telah mati lemas di Sungai Pahang semasa mandi manda. Mereka telah pergi ke olak liring. Kadang kala ada jugak pasir jerlus yang amat merbahaya kepada orang orang yang tidak biasa dengan sungai. Kalau nak lebih selamat pergi ke Jeram Besu, Sungai Salan, Jerantut dan di Pulau Cekas, Dong. Walaupun airnya nampak deras tetapi toho dan selamat untuk membawa budak budak kecik.

Oleh kerana terlalu gairah untuk mandi sungai, janganlah pulak pergi ke sungai kecil. Mungkin sungai tersebut telah tercemar disebelah hulunya. Kang nanti mengerutu badan buat deknya.

7 comments:

Basuh Baju said...

siapa yg tak pernah mandi sungai masa hidupnya adalah org yg gagal..huhu (org malaysia la)

relevan said...

Terjun tiruk bes..

hai said...

yeah!anak2 koi suka ngat mandi kat pulau chekas,ulu dong.(sebelum sampai lata jarum)bapok sejuk airnya,walau mandi tengah panas terik!!Sungainya masih lagi ori...
Jom la weh,kalo tak penah gi,mesti oak seronoknye..

endiem said...

Basuh baju..
koi setuju sangat ...

Relevan..
kalau salah tiruk .. atas reba ..kan nyanya

hai..
Koi kala balik kampung selalu gi ke pulau cekas ..tapi taklah sempat mandi.

Hashim Zabidi said...

Kawas ni dah puas mandi sungai, dari kecek sampai ke besor. Le ni jangan lah, air sg Jelai,Sg Lipis macam teh tarik punyalah keroh Kurrr semangat...

endiem said...

Pak Hashim..
Koi pun sama jugaklah.. tapi sejak dah beromo ni malas dah.. lepas ke budok-budok aje..

Jejaka Desa said...

olok liring ter tempat koi ngayut weh.Ranto ter biasenye ande udang ngan begohok.Sedak amat weh....