Followers

Thursday, July 30, 2009

Melayan Tetamu

Kisah ini telah diceritakan oleh seorang penghulu di Raub semasa rombongan pejabat koi melawat ke satu kampung di mukimnya di sana . Sekarang tok penghulu tersebut telah pun pencen.

Ceritanya begini:-

Ia berlaku sekitar awal tahun 90 an dimana satu rombongan, seramai 4 orang ketua -ketua masyarakat dari wilayah jawa timur indonesia melawat kampung tersebut. Pihak D.O. telah mengarahkan penghulu, tok empat serta orang orang kampung membuat persediaan untuk menyambut tetamu istimewa ini. Rombongan dijangka tiba jam 10 pagi dan akan melawat beberapa projek serta makan tengahari dikampung ini sebelum bertolak ke Kuantan.

Satu mesyuarat peringkat JKK kampung A ( bukan nama sebenar ) telah diadakan bagi membincangkan perkara ini. Habis jugalah sekole kupi o dan sepiring goring pisang pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh tok penghulu. " Ingat, kita semua mesti buat yang terbaik supaya dema tu puas hati semasa berada di kampung kita. Jaga nama baik tempat kita" kata tok penghulu dalam ucapan penangguhannya.

Pada hari yang dijanjikan, awal awal lagi penduduk kampung telah bersedia menunggu tetamu istimewa itu. Mana2 yang menoreh tak pergi menoreh, mana mana yang kekebun tak pergi kekebun. Tok penghulu bagi cuti. Mereka kelihatan ceria sekali. Tok empat dengan bush jaketnya. Cu Samat memakai baju batik yang baru dibeli dari pekan sari Raub. Begitu juga dengan orang perempuan, Ngah Temah, Mak Cik Gayah dan Selamah juga siap berpakaian yang lawa2. Masing masing ada tugas masing masing.

Dua buah Land Rover Pejabat Daerah yang membawa tuan D.O dan rombongan tiba di simpang masuk kekampung A jam 10.05 pagi. Rombongan dibawa terus ke kolam ikan keli Pak ndak Berahim di hujung kampung dan diberi penerangan oleh Pegawai perikanan. Projek yang dilawati seterusnya adalah projek tanaman tebu. Projek seluas 4 ekar di tepi kubur ini diusahakan oleh persatuan belia yang diketuai oleh Zali Jepun.

Rombongan berhenti untuk jamuan makan tengahari di Balai raya pada pukul 1.30 tengahari. Mak Teh Kiah sebagai ketua tukang masak telah menyediakan menu khas untuk tetamu pada hari ini. Mak Teh Kiah masih ingat pesan tok penghulu pada mesyuarat minggu lepas " Oak, Kiah masak sedap2, masaklah masakan biasa tempat kita, biar dema makan 2, 3 pinggan".

Tuan D.O. , Tok Penghulu dan 2 orang ahli rombongan, satu hidang. Tok empat Keria, Cu Samat dan 2 orang tetamu lagi, hidang yang lain. Manakala orang kampung dan pegawai pegawai kerajaan yang lain dengan hidang masing2. 4 orang satu hidang. Setelah doa makan dibacakan oleh imam tua, masing-masing pun mula menjamu selera. Maklum saja lah hari dah tengahari dan perut pun dah mengelodak.

Di hidang tok empat keria, Cu Samat mula membuboh nasik kedalam pinggan tetamu dan di ikuti dengan lauk lauk. " Ini ikan baung masak asam... biasa makan ke? " tanya Cu Samat kepada tetamu 2 orang itu. " Bisa pak" kata salah seorang dari tetamu tadi. " ooo bisa, kalau bisa takyah makanlah nanti sakit susah pulok.. aok nak balik jauh" gelor Cu samat lagi sambil menyerah pinggan lauk ikan baung masak asam tersebut kepada tok empat.

" Ini rebung masak lemak .. boleh makan ke? " tanya lagi Cu Samat . " Bisa " jawab tetamu indonesia yang seorang lagi. " oooo... bisa lagi " kata tok empat pulak. " Agaknya dema ada gaut" kata Cu Samat kepada Tok Empat Keria. Begitulah dengan lauk lauk lain yang ada , telur itik,dan sayur jantung pisang masak lemak pun bisa juga jawapannya apabila diunjuk kepada tetamu tersebut. " Acu aok unjuk sambai tu" kata tok empat kepada Cu Samat. Cu Samat pun mengambil piring sambal belacan lada kecik dan bertanya kepada tetamu. " Yang ini". Serentak kedua dua tetamu itu menjawab. " Ngak Bisa".. " ooo.. yang ini boleh makan.. tak bisa" kata tok empat keria. Maka dibubohlah Cu Samat sambal belacan cili kecik kedalam pinggan kedua dua tetamu itu. Makanlah tetamu dua orang itu nasi berlaukkan sambal belacan cili kecik. Berpeluh peluh menahan pedas.

Begitulah kisahnya yang diceritakan oleh tok penghulu.

Itu kisah lama tahun 90an. Sekarang dah tahun 2009 , Bahasa indonesia bukanlagi asing kepada orang orang di Pahang. Orang orang yang bercakap bahasa indonesia bersepah di ladang sawit di Tersang dan Sungai Koyan serta di tapak tapak binaan. Stesyen stesyen tv jugak ada menyiarkan 'sinetron' dari seberang dan diminati oleh ramai orang termasuklah Cu Samat dan Tok Empat Keria. Kita bukan saja boleh faham perkataan " bisa" malah banyak lagi perkataan lain seperti beress, mas, dan kantor. Anak-anak kita lagi reti perkataan "capek banget" berbanding dengan " kohot amat "

Kisah diatas adalah rekaan semata mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

6 comments:

Webmaster@Echam said...

hahhaha.. lawak2... emmm.. kalo tengok skang ni memang gitu gaya pun. Mane reti dok budok2 le ni....

relevan said...

a'ah kohot amat..dah re er dah ni..pandai aok korek citer dari bekas penghulu ni yak..

महामंत्री - तस्लीम said...

Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]

endiem said...

webmaster..
yelah budok2 sari ni tak reti lansong nak borak dengan orang tua..

relevan..
tok penghulu yg tukar watak tu.. sebenornya cu samat tu ..tok penghululah ...

Zakir Ali..
Thank. wellcome to my blog

Hashim Zabidi said...

Kira-kira orang Indon ni bodoh juga, yek. Nak tunjuk ek. Kononnya bahasa dan loghat mereka aje yang penting berSangsaka merah putih, tak mengembek lalu bila masuk kandang kambing, hah, apa jadi bersiut kena sambal belacan, padan muka

endiem said...

Pak hashim.. betul jugak...