Taknyer ade catatan dalam mana mana buku sejarah mengenai tarikh mula wujudnya pekan sari di negeri Pahang. Diantara pekan sari yang tertua di negeri ini adalah Pekan Sari Benta dan pekan sari Temerloh. Bermula dengan beberapa buah sahaja, bilangan pekan sari semakin bertambah setiap tahun. Le ni terdapat lebih 250 buah pekan sari dan pasar malam yang beroperasi seminggu sekali dibeberapa lokasi di seluruh negeri.
Banyak pekan sari yang beroperasi setiap hari Ahad seawal jam 7.00 pagi sehinggalah 1.00 tengahari. Diantaranya ialah pekan sari Temerloh, Benta, Raub, Bentong dan Maran. Ada juga pekan sari yang beroperasi pada waktu yang sama, tetapi pada hari sabtu seperti pekan sari Pekan. Hari Isnin pekan sari Batu Talam. Di Kuantan pula banyak pekan sari mula menjalankan perniagaan pada petang iaitu mulai pukul 4.00 sehingga jam 10.00 malam. Ahad pekan sari Simpang Bukit Goh dan Pantai selamat, Hari Isnin, pekan sari Beserah, Selasa Pekan sari Taman Tas, Rabu pekan sari Cenderawasih dan pekan sari Bukit Rangin, Hari Khamis pekan sari Inderapura jalan pekan, manakala hari jumaat pekan sari inderamahkota dan hari sabtu pekan sari sungai isap. Begitu jugalah dengan daerah-daerah lain, setiap hari ada je pekan sari.
Pengunjung pengunjung pekan sari juga ramai. Mereka adalah dari penduduk tempatan dan juga datang dari kawasan sekitar yang berhampiran. Barangan yang dijual di pekan2 sari pun banyak. Boleh kata semuanya ada. Ikan sungai, ikan air batu, ayam , daging lembu dan sayuran seperti kangkong, bayam, pucuk paku dan labu. Kalau musim buah, buah buah seperti manggis, rambai, durian dan rambutan dijual disini. Begitu juga dengan kuih seperti lompat tikam, apam balik dan mertabak. Ada juga barangan yang lain seperti pakaian bundle dan mainan kanak kanak seperti belon dsbnya.
Peniaga peniaga pekan sari juga , tidak boleh relaks kerana tiada hari tanpa pekan sari.

6 comments:
Pekan sari bandar Lipis kena hari sabtu. Dulu pernah buat hari ahad kakitangan gomen protes sebab mereka tak dapat ponteng. Sekarang pindah balik hari sabtu, baru padan muka dia orang.
Saya le ni dah tak daya pergi pekan sari. Akhirnya pakat dgn bini tak payah 'marketing' bari pekan sari. Susah, banyak susahnya. No.1 parking kereta padat, kedua kena jalan pusing
keliling, ketiga barang-brang yg di jual 'streotype'. Keempat dan seterusnya berjalan tak lancar, sangkut sana sangkut sini, geser sana geser sini, terlanggar ke macam-macam benda.
Satu hari selasa saya pergi pekan sari Sega, sampai pukul 9.00 pagi, orang dah kemas barang. Nak beli asam rom. Dah licinnn...
Saya setuju ngan pak hashim,barang2 yang dijual sama je,kadang bosan!!dulu masa saya dok kat raub,saya suka gi ke pekan sari di dong..bermacam2 sayur kampung yang pelik2,yang saya tak pernah makan,kuih2 kampungnya pun sangat sedap,macam bingka ubi,tepung pelita!!
pekan sari temerloh,koi tak daya nak menapak,panjang ngat!!
Pekan Sehari Jerantut hari ahad..mlm te pasar mlm..bila dah abis pasar mlm dan pekan sehari...unit kome yang terok2 kena sapu..ishkk..
Pak Hashim..
Bagi saya pekan sari banyak membantu orang kampung diPahang memasarkan hasil mereka. Mereka datang dari ceruk kampung membawa hasil seperti keladi, terung pipit, pucuk paku dari pagi catar teksi atau prebet sapu untuk niaga di pekan sari. Tapi yang herannya mereka tak maju2. takat tu je lah dari dulu
hai..
memang betul lah pekan sari temerloh, jenuh menapak tak sampai sampai ke ujung, kohot .
relevan..
tak pe dema tu ada overtime...masuk jugak
Post a Comment