Followers

Friday, July 17, 2009

Hari Keluarga - Rumpun Keluarga

Secara amnya keluarga terdiri dari tiga komponen iaitu ibu, bapa dan anak. Keluarga merupakan unit terkecil yang akan membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat dan seterusnya berperanan dalam pembangunan sesabuah negara. Intitiusi kekeluargaan merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang bahagia dan pembangunan sebuah negara yang maju dan bertamadun dan dihormati.

Dalam persekitaran dunia hari ini peranan institiusi kekeluargaan dilihat semakin mencabar. Persaingan dalam mengejar penghidupan yang selesa telah menjadi agenda penting semua orang masakini. Ibu bapa terus menerus mengejar mencari wang untuk membesar dan mendidik anak-anak manakala anak anak pula sibuk mencari ilmu untuk bekalan masa depan. Keperluan luang masa untuk berinteraksi dalam keluarga tersebut semakin sempit. Dalam pada itu institiusi ini terpaksa berdepan dengan berbagai ancaman seperti penularan budaya asing, gejala yang tidak sihat dan lain lain anasir yang negatif yang boleh menggugat pegangan agama, moral dan nilai nilai masyarakat kita. Maka tanggungjawab membentuk keluarga dan masyarakat yang harmoni dan berakhlak akan menjadi semakin komplek.

Mahu tidak mahu kita terpaksa menghadapi situasi ini dengan bijaksana dan dengan penuh hati hati. Kita perlulah mencari formula yang sesuai supaya pegangan , nilai, moral serta budaya kita selama ini dapat bergerak selari dengan peredaran masa dan zaman. Kita perlu melakukan sesuatu agar generasi kita akan datang kukuh, teguh dengan pegangan kita selama ini.

Rata rata masyarakat kita hari ini kurang bertemu muka, berkomunikasi dan beriteraksi diantara satu sama lain dalam sesabuah keluarga. Salah satu faktor menyebabkan keadaan ini berlaku adalah kedudukan tempat tinggal yang berbeza akibat penghijrahan dikalangan anggota keluarga. Perpindahan meninggalkan orang tua dan kampung halaman adalah fenomena biasa sejak zaman berzaman. Ianya bertujuan bekerja mencari nafkah, menuntut ilmu dan mengikut suami bagi anak perempuan yang telah berkahwin. Ada juga anggota keluarga tersebut terus menetap dan berkampung ditempat baru itu.

Pertemuan dalam sebuah keluarga seperti anak berjumpa dan menziarahi orang tua, adik menziarahi kakak, semakin jarang berlaku, mungkin sebulan sekali ataupun kadang kala setahun sekali. Itu pun cuma pada hari raya atau jika ada sakit pening serta kematian dan kenduri kendara sahaja. Amalan balik kampung telah menjadi trend bermusim. Manakala pertemuan serentak bagi seluruh anggota keluarga boleh dikatakan tidak pernah terjadi. Kesan dari keadaan ini akan terdapat situasi di mana adik jarang berjumpa abang, sepupu tak kenal sepupu dan cucu segan bermanja dengan datuk nenek.

Satu cadangan supaya diadakan Hari Keluarga bagi sesuatu rumpun keluarga untuk mengurangkan kesan tersebut. Pembabitan semua ahli dalam keluarga besar ini amat penting bagi mengiratkan lagi silatulrahim atas hubungan kekeluarga yang sediaada dan terjalin secara semula jadi itu. Bak kata pepatah melayu "air dicincang tak kan putus". Kita tidak boleh mengharapkan hari raya sahaja untuk berkumpul kerana pada hari raya mungkin ada diantara ahli kelurga akan balik ke keluarga sebelah lagi ( iaitu belah suami atau belah isteri ).

Format dan pelaksanaannya serta pengisiannya hari keluarga ini bolehlah difikirkan sendiri, tapi yang pentingnya objektif mengadakan hari keluarga tersebut.

2 comments:

hai said...

ramai orang dah mula buat hari keluarga gini,masalahnya ada jugak ahli keluarganya yang tak dapat hadir...payah gak,kalau buat masa cuti sekolah mungkin ok,bagi yg bersekolah. tapi yang belajar kat 'u',atau luar negara,cuti mereka berbeza la plak...macam2 alasannya...
tapi kalau dapat buat tentu seronok,dipenuhi pulak ngan aktiviti bacaan tahlil,yasin,solat berjemaah,gotong royong bersih kaw.kalau buat kat rumah arwah tok la..program memasak,sukaneka dan karaoke...best gak!!!!

endiem said...

hai...
kita tak boleh mengharapkan 100% penyertaan, jika 40 % penyertaan sudah dikira berjaya..Mungkin banyak halangan2 yang patut ditempuh bagi menjayakan hari keluarga ini terutamanya dari segi kewangan, penyertaan dan lain2. Mulakan dari sekarang insyaallah dalam tempoh 5 tahun atau 5 kali hari keluarga ianya akan menghasilkan kejayaan.