Followers

Tuesday, July 28, 2009

Walit


Gambar ini bukanlah gambar pembinaan sekolah atau asrama murid. Ianya bukan juga bangunan kedai atau flat kuarter kerajaan. Sebetul benarnya inilah bangunan yang disediakan untuk burung2 walit membuat sarang. Bangunan seumpama ini banyak dibina dimerata2 tempat di negeri pahang seperti di belah Kuantan, Pekan , Nenasi dan Gambang. Di tempat tempat lain ada juga nampaknya seperti di tepi jalan dari Bentong menghala ke Raub.

Perusahan sarang burung walit telah menarik minat ramai. Ini disebabkan sarang burung walit mahal regenya dan dipasarkan diperingkat antarabangsa. Pada tahun 2008 nilai eksport sarang burung walit mencecah RM 10 billion. Baru2 ini Dato' Najit ( panggilan orang pekan) telah mencadangkan supaya perusahaan ini dijadikan sebagai projek berimpak tinggi.

Bagi menarik burung walit membuat sarang didalam bangunan ini, beberapa perkara patut di sediakan. Pengusaha perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk haiwan ini membuat sarang. Disamping itu pengusaha perlu juga memainkan bunyi burung melalui pembesar suara yang dibuboh didalam bangunan itu. Kalau kena gayanya dalam tempoh 2 bulan adalah burung masuk dan membuat sarang. Tapi ada jugak yang lambat masuk, mungkin tak sesuai. Kalau dalam tempoh 3 tahun tak de juga burung yang masuk buat sarang, bangunan tersebut bolehlah dibuat sekolah.

Kadang kala ada pengusaha yang memasang alat pembesar suara dengan kuat menyebabkan bingit bunyinya. Siang dan malam. Ini akan menganggu ketenteraman awam. Pasang alat pembesar suara memanggil burung boleh, tetapi janganlah menganggu orang lain.

Pernah juga koi terdengar kisah sepasang suami isteri yang tinggal berhampiran dengan bangunan kedai yang mengusahakan burung walit. Kedua-duanya bekerja , keluar pagi petang baru balik. Apabila mereka mendapat anak, anak tersebut dijaga oleh orang gaji dirumah tersebut. Anak ini membesar sebagaimana kanak kanak lain. Dari menerap, merangkak dan berjalan jatuh. Tapi bila nak bercakap suaranya macam burung walit.

Koi tak pasti sama ada cerita ini betul atau tidak.

7 comments:

Hashim Zabidi said...

Walit kalau eja Walid, ada bunyi arah sikit. Eja Wallet pun bagus. Semua ada kaitan dengan duit.

Walit burung yang mendatangkan duit,
Walid ( ayah ) mudah klu minta pitih
Wallet tempat simpan duit.

relevan said...

Kat jerantut banyok..dah tu mekak pula bunyi..cot cet cot cet..tp org kita tak nampk lagi utk perniagaan sarang burung walit ni..yang copet wallet banyok..

hai said...

huh!kalo tak de 30-40 ribu jgn berangan la nak buat projek walit ni...tu kalo dah ada tapak..kalo tak de tempatnya lagi, mau gi lebih...
Sapa nak khidmat nasihat pasal walit ni boleh,tapi...khidmat kewangan memang eeeeleeek!!

endiem said...

Pak Hashim..
kalau yalet.. makna nya takde duit..

relevan..
kalau nak buat bisnis ni siap duit dulu... untung belum tentu lagi .. buatnya burung tak masuk .. menangis aok.

hai..
tebuk bumbung.. buat kat atas siling..kalau ader rezeki burung masuk jugak.

Basuh Baju said...

biar betul..makan burung ke?haha

endiem said...

basuh baju..
burung ni tak leh makan ..nak sembelih pun susah ..kecik

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd(GEM) - www.goldenswiftlet.blogspot.com said...

Global Excellent Marketing Sdn Bhd (GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Walit, Pakar Rekabentuk Rumah Burung Walit -
http://goldenswiftlet.blogspot.com

KURSUS Perusahaan Sarang Burung Walit-
http://kursusgem.blogspot.com

GEM Community (Direktori/Forum Pertanian & INdustri Asas Tani Malaysia) - Ruangan KHAS Jual& Beli Sarang Burung Walit-
http://gem.socialgo.com