Followers

Tuesday, July 14, 2009

Tok Empat

Pedoah sangatlah kalau tak kenal tok empat. Orang yang selalu sibuk2 dan acap kali buat sibuk itulah tok empat. Tok empat ada dimana-mana . Di Tanjung Gahai ander tok empat, di Merchong ada tok empat, di Tanjung Medang juga ada tok empat malahan di Sg. Isap pun ada tok empat. Terdapat lebih dari 500 tok empat yang ada di negeri Pahang. Ada Tok empat Mat Lazim, ada tok empat Seleman, ada tok empat Manap, tok empat Chong dan macam2 lagi. Tapi tak pernah lagi dengar tok empat nama David Becham atau tok empat Ronaldo di Malaysia ini. Di Negera lain tak tahulah pulok.

Peranan tok empat amat penting dan mustahak kepada masyarakat kita dimerata rata tempat di Negeri Pahang. Maju mundurnya sesuatu kampung atau tanah rancangan itu banyak bergantung kepada usaha, kreativiti dan inovasi tok empat kampung tersebut. Tok empat adalah merupakan wakil penduduk kampung untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Begitu jugalah sebaliknya jika Pegawai kerajaan yang hendak berurusan dengan penduduk akan melalui tok empat. Apabila ada projek2 kerajaan yang hendak diadakan dikampung tersebut, tok empat jugaklah yang diajak berbincang dan menentukan lokasi projek, peserta projek dan pelaksanaan projek. Habis jugak lah sesepuloh hinggit duit tok empat bekwah pegawai2 kerajaan tersebut.

Tok empat akan membuat lis nama anak anak buahnya yang ampuh bah. Lis tersebut kendiannya akan dihantar kepada pegawai di pejabat welfare untuk tindakan orang atas. Kalau ander rezeki adalah bantuan beras ke, sardin ke atau pun duit ringgit. Tok empat juga boleh menyokong permohonan untuk mendapatkan lembu pawah kerajaan. Sain je pada borang dimana tempat yang dikhaskan untuk sokongan, melintang sainnya, cop dan hantarlah kepejabat veterina. Dapat tak dapat bukan kuasa dia, itu kuasa orang atas.

Tok empat juga merupakan sumber rujukan kampongnya. Semua maklumat dan data mengenai kampungnya ada dalam memori hard disk kepala tok empat. Tok empat akan tahu berapa orang ibu tunggal dikampungnya, berapa ekor kambing yang dipelihara oleh Pak latip, Berapa luas sawit Encik Osman dan banyak lagilah.

Tok empat hendaklah ada ciri ciri pemimpin yang dinamik. Tok empat kena menjadi pengerusi mesyuarat JKKK atau JKKR. Bercakap kena pandai , kelentong pun kena pandai jugaklah sikit sikit. Sekali sekala tok empat akan jadi MC untuk majlis majlis atau dailog yang diadakan di kampungnya. Kalau ada majlis kenduri kahwin, tok empat selalu dijemput untuk menitik inai. Kalau tok imam tak datang ke kenduri arwah, selesailah tok empat disuroh menjadi imam dan membawak tahlil. Ada juga penduduk kampung yang manja dan selalu mengharapkan tok empat menolongnya. Kambing lekat beranak pun jumpa tok empat, Itik serati hilang pun lapur pada tok empat dan kalau sesak duit, pinjam dengan tok empat.

Tok empat jugak akan bertanggung jawab kepada keselamatan kawasan jajahannya. Kampungnya mestilah sentiasa aman dan damai. Tak ada kes kes kecurian, kes ragut atau kes orang minyak. Tok empat sentiasa ada senarai orang luar yang menyewa dikampungnya. Berapa orang Bangla, berapa orang Indon dan berapa orang vietnam. Senarai tersebut kalau terdesak akan diserah kepada poleh. Dan tok empat akan menjadi saksi penting bagi kes2 tangkap khalwat.

Pejabat tok empat adalah dirumahnya sendiri atau kadangkala di balai raya. PA tok empat adalah anaknya sendiri. Atan lah yang selalu jadi mangsa di suroh oleh abah menaip surat 2 panggilan mesyuarat. Tak ada komputer yang dibekalkan oleh kerajaan untuk tok empat. Untuk mendapat maklumat melalui internet terpaksalah tok empat pergi ke CC yang berhampiran. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah kampong telah maju dari segi IT. Tok empat yang kreatif menyediakan website kampongnya sendiri. Ada blog sendiri dan email sendiri. Kerajaan patut membekalkan laptop dan broadband kepada tok empat yang macam ini.

Kadang kala ada jugalah suara suara sumbang yang tidak mahu mengakui kredibiliti tok empat. Tok empat berat sebelah, tok empat tak adil, tok empat ada kronilah, tok empat dah tualah , tok empat tak hensemlah dan bermacam macam lagi. Tok empat pulak janganlah bengkeng sangat. Pantang dicabar. Biarlah dema tu. Kalau kita benar dan ikhlas adalah pahala dikendian hari.

Koi tabek pada tok empat. Bertugas lah dengan ikhlas.

7 comments:

hai said...

oak rasa la kan,camana sejarah gelaran tok empat tu diberi..ke asalnya tok yang jaga tempat tu...nak rengkas 'tok empat'.gelar tok empat tapi orangnya sorang je...gone gamoknye??

relevan said...

Pok sedara kwn tok4..tp nye kwn nalor tak sependapat dgn dia..kwn nalor pangkoh dia..hehe

Hashim Zabidi said...

Tok4 di Pahang jauh jatuh kedudukannya berbanding dgn Tok4 luar Pahang. Di Pahang ada yang masih jalan kaki, rumahpun tak semenggah.

Lagak Tok4 ni pulak kekadang lebih dpd Penghulu, tp mana tidaknya banyak kerja Penghulu Tok4 yg buat, maklumlah Penghulu sudah bertaraf DO.

Kebanyakn Tok4 adalah bekas tentera berpangkat sarjan. Desiplin mereka kuat, tak sesuai pulak dgn org kampung. Le ini banyak cikgu pencen jadi Tok4. Di lipis ada Tok4 daripada Wakil Rakyat Pencen dan seorang ustaz graduated yg dah pencen. Sementara itu ada juga Tok4 jadi kontrektor, banyak dapat kerja, kayaraya dan ada kereta besar. Ada juga Tok4 ugut kerajaan dan bila tak puas hati berhenti masuk parti lawan/ pembangkang.

Zaman tahun 60han, elaun cuma 60 ringgit setahun
tanpa faedah lain. Jalan kaki sepanjang kampung tolong Tok Penghulu buat kerja. Sepatutnya Tok4 veteran itu boleh buat rayuan kpd Kerajaan utk dapat sedikit imbuhan seperti bekas pekerja-pekerja k'api maut ataupun Persatuan Tok4 sePahang suarakan dlm mesyuarat mesyuarat agung mereka.

Cuma ada satu perkara yang menguntungkan mereka, iaitu apabila mereka diberhentikan atau meninggal dunia, nama Tok4 tetap dikaitkan pada pangkal namanya, macam cikgu juga, kekal sampai jadi aruah Tok4....aruah cikgu.....

Itulah Tok4 yang saya kira asalnya dari Orang Besar Berempat (mini) bagi sesebuah kampung, yg mengandungi 1.Tok4, 2 Tok Imam, 3. Tok Pawang dan 4. Tok Bidan.

ha ha ha...

endiem said...

hai.
entahlah koi pun tak tahu nape digelar tok empat... patutnya tok satu.. tapi tak sedap pulok nak panggil tok satu, tapi separuh tempat panggil tok ketua.

endiem said...

relevan...
Oak tak sependapat ke atau Oak nak rampas jawatan tok empat tu?

endiem said...

Pak hashim..
Memanglah tok4 tu pun orang biasa jugak..kalau nak kira jawatan dengan elaun yang dapat tak berbaloi jugak. tapi oleh kerana untuk masyarakat dipikul jugaklah.
Koi setuju jugaklah supaya tok 4 memperjuangkan hak2 mereka.
Kalau tak dapat PJK pun dapat nama "tok4 tua" pun jadilah.

relevan said...

Wakakaka endiem...rasa nak rampas juge jwtn tok4 dari pok sedara kwn tu..tp tok4 zaman ni dh kurang power..dulu2 lain lah tok4 senang dapat kerbau pawah..kome penah juge ngisi borang felcra konon anok sedara tok4 lah kwn ni..tp empeh tak dpt mender pun...hehehe..