Followers

Sunday, July 5, 2009

Binatang Berkelayar

Binatang ternakan seperti lembu, kerba dan kambing yang didapati berkelayar di setengah setengah tempat bukanlah perkara baru di negeri Pahang. Fenomena ini telah wujud sejak zaman tak kala Adam dulu. Sama ada binatang tersebut ada tuan atau pun tidak bukanlah soalnya tetapi ianya banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan masyarakat setempat. Kadang kala tuannya tahu kambingnya makan pokok bunga orang tapi dia buat tak cakne aje.

Di kampung-kampung tradisional, tanah tanah rancangan dan juga pekan pekan kecil seperti Mela, Lami ( Lamir sebutan orang belah Pekan) dan Beserah memang selalu terdapat binatang yang berkelayar. Tapi sehingga kini tak de lagi koi dengar ada binatang berkelayar di tengah bandar Kuantan, Temerloh mahu pun Bentong. Di tempat tempat peranginan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai berkelah seperti Pantai Sepat, Pantai Sungai Ular dan Air leleh juga tidak ketinggalan dikunjungi oleh binatang binatang ini.

Bintang berkelayar ini akan memburukan imej sesuatu tempat. Tempat tempat awam seperti masjid, stesen bas, surau, sekolah dan padang permainan akan kelihatan tercemar jika ada nya binatang berkelayar ini. Ianya bukan sahaja mengotorkan kawasan tersebut dengan tahinya malahan kadangkala memakan tanaman hiasan, pokok bunga dan menyelongkar tong-tong sampah. Lembu dan kerba yang tidak dijaga ini boleh juga memusnahkan anak- anak getah, anak sawit godong-godong sekampung yang kadangkala menimbulkan perselisihan sehinggakan hendak berparang- parang.

Di lebuh-lebuh dan jalan jalan raya jangan biarkan ada lembu , kerba dan kambing berkeliaran. Ini amat berbahaya. Ianya boleh mengundang kemalangan atau eksiden. Kereta dan moto yang mencuat laju tak sempat brek jika lembu melintas. Banyak yang telah menjadi arwah akibat terlanggar lembu. Bila malam, hendak pulak baru lepas hujan kerba selalu tido di tepi lebuh bagi mendapat hawa hangat jalan. Jika mengantuk dan mata tengah kemamar tak nampak kerba yang hitam bermesyuarat lima nam ekor, jika terlanggar rabak jugalah tiga empat ribu membela kereta.

Sepatutnya kerba, lembu dan kambing duduk dalam pagar, biarlah rumah di luar pagar sebab kerba, lembu dan kambing boleh bergerak tapi rumah tak bergerak.

4 comments:

relevan said...

Ander sekali te lembu2 berkelayar dilaman rumoh aboh kwn..aboh kwn panas ngat hati sebab lembu2 te penoh ngerjakan anok pokok pisang dia..lalu dia capai parang panjang nak tokek lembu2 te..tapi sempat juga kwn ngalang dia dan berkata ''Aboh jgn tokek lembu2 ni..sian dia..moh kita tokek jer tuan punya lembu ni"..

hai said...

koi dah lama mikir,apakata buat satu undang2 kalo lembu/kambing sesapa yang masuk kaw.rumah kita tu,kira otomatik jadi hak kita!Cara gitu koi rasa baru tuan dia cakna...
ada member koi citer,tuk dia orang jawa,dia penah menghilangkan semua lembu/kambing org kampong yg berkelayaran tu...sampai sudah orang kampong tak tau sapa punya keje!!

endiem said...

relevan ..
jangan tokek lembu.. sian dia. Kala tokek tuan dia nanti kedalam pulok.. tak ke kacau dibuatnye

endiem said...

hai..
Nantilah koi jadi ahli parlemen bolehlah cadangkan undang2 mcm tu..kih kih
Kala orang jawa tu gi eastcost mall nanti dia hilangkan orang orang yang berkelayar tu tak ke susah jugak..ha ha