Followers

Sunday, August 2, 2009

Mari Berjoging

Hari minggu janganlah nak mereloh sehingga meninggi hari. Selepas solat subuh eloklah buat riadah supaya badan segar. Tak lah perut memboroi tak tentu hala. Bersenam ke atau lagi baik berjoging. Berjoging amat baik kepada kesihatan. Katanya bila selalu berjoging, aliran darah dan jantung akan berfungsi dengan baik.

Nak berjoging ke mana?. Pergi je lah ke taman taman rekriasi di bandar bandar. Macam di Kuantan ni, ramai orang berjoging di Taman Teruntum dan Taman Bandar di Inderamahkota. Awal awal pagi dah menderu orang tiba di Taman Teruntum untuk mula berlari. Agak nya ada yang tak sembahyang subuh. Ada lelaki dan ada orang perempuan tak kira apa peringkat umur pun. Dari sekecik kecik baru berjalan jatuh hinggalah kepada orang tua bertongkat dan berpapah. Dema tu bergaya sungguh siap lengkap berpakaian sukan dan berkasut. Taknye aderlah orang yang datang berjoging itu berkain pelekat atau berkain batik dan berkaki ayam.

Mana mana yang masih segar tu, berlari laju. Mana mana yang tak rot berjalan je lah. Tapi ramai juga orang yang banyak berjalan dari berlari, saja suka tengok orang. Bila dah dua round pusing trek, peluh pun dah banyak keluar, bolehlah rehat tepi tasik. Badan dah panas , rasa nak terjun je dalam tasik, mandi, tapi malu pulok ke orang ramai disitu.

Dalam ramai ramai yang datang ada jugak kelompok yang buat senam robik. Ada Ci kGu memberi arahan didepan. " Gerak kaki kiri kedepan dan tangan kanan kebelakang.. kita mula .. satu , dan dua, dan tiga ,dan empat . .. empat lagi..satu, dan dua , dan tiga dan empat... tukar". Ramai pengikutnya mengayakan apa yang cik gu buat di depan. Siap dengan muzik dan lagunya.
Kalau nak mudah, ikut je lah kumpulan ini.

Bagi yang tak boleh datang ke taman rekriasi, boleh juga berjoging dikawasan sekitar taman perumahan. Atau pergi je ke padang bola, lari lah dua tiga kali pusing. Mana mana yang tinggal di kampung tradisional boleh juga berjoging keliling kampung. Ajak lah tok empat, Pak uda Rafar dan Long Bedah berjoging sekali, tentu seronok. Tapi kalau ada cadangan nak gi menoreh.. baiklah pergi menoreh daripada berjoging.

9 comments:

Relevan said...

Tak daya kwn..berjalan boleh lah..bergegar perut kwn bila berjogging..ishk2..

Hanisham Ab Halim said...

Salam rodong,
Hehhehe... kalo kat kampung bukan jogging tapi merentas desa...

hai said...

petang semalam koi berenti kat taman rekreasi yg dekat dgn simpang nak masuk ke medan tok sera tu..taktau taman mende...ramainya orang berjogging,sesak la jugok sampai gaya nak berlanggor bahu...emmm..tak kuase la koi kalo gitu!!!
tapi jalan kat atas batu2 refleksologi tu cam best gak!!

Hashim Zabidi said...

endeim,salam...
Letih berjogging ni weh. Keh bangun tidur sebelum mandi buat senam kucing ke senam rimau je. Lepas solat subuh, Zikir barang seseratus ulas dgn gerakkan badan, padan dah, ha ha ha...

endiem said...

Koi salah tulis.. sebenarnya Taman Gelora bukan Taman teruntum

endiem said...

relevan..
Aok tak rot nak berjoging ...gohit sikal je..

endiem said...

Echam..
Kalau merentas desa .. bagus jugak lalu paya, semak, naik bukit lagi seronok.

endiem said...

hai..
kalau koi jalan atas batu tu.. tak nak bukak kasut ..kalau bukak kasut.. sakit oi...

endiem said...

Pak Hashim, salam..
Koi tak reti nak buat senaman rimau.. dulu pernah juga haji mat rop ajar tapi tak ingat..