Followers

Thursday, August 27, 2009

Sesaknya Bandar Kita

Bukannya nak menyalahkan sesapa, lebih lebih lagi dalam bulan pose ini , tapi cuma nak bercerita ke halnya saja. Memang biasa-biasanya dalam bulan puasa ini kebanyakan bandar bandar menjadi sesak. Bukannya sesak duit. Pusingan duit dikala ini mungkin lebih daripada sekala. Orong-orang ramai berdedai kehulu kehilir dengan tujuan memasing. Ada yang berjual, ada yang bekerja, ada yang membeli dan ada yang saja-saja datang meramaikan orang.

Acu tengok dalam kedai kain, penuh dengan orang. Tengok pulok dalam pasaraya, sesak juga dengan orang. Di kedai runcit, pejabat pos, bank, workshop dan kedai menjual kereta pun ramai orang berbanding daripada hari-hari sekala. Di pasar ramadhan pulok , taksah cakaplah, dah memang jadi tumpuan sejak lepas zohor lagi. Bak kata pepatah kita, banyak orang dari buah melaka, nak beli buah melaka berkuak orang.

Di lebuh dan jalan pulok, penuh dengan kenderaan. Macam-macam kereta, bas, lori, lori balak dan trailer yang bergerak perlahan dan menyesakkan lalu lintas. Terhenjut henjut, terkaih-kaih, mengalahkan budak kecik yang baru merangkak. Fenomena ini bukanlah berlaku di Kuantan sahaja, tapi bandar bandar lain seperti Raub, Bentong, Pekan, Temerloh, Jerantut dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya juga mengalami keadaan yang sama. Malahan ianya juga berlaku di pekan pekan kecik seperti Padang Tengku, Mela dan Dong. Mungkinlah di tempat seperti Jeram Landak, Ulu Atok dan Pasir Panjang tidak terasa sangat.

"Kalau dah jem macam tu bawaklah roti" kata godong-godong. " Nak bawak roti macam mana ?.. nanti dituduh tak pose pulak". Kadang kala nak tunggu kereta depan jalan , pun letih. Sekejap jalan, sekejap berenti. Tapi yang dah pasti banyak berhenti dari bergerak Kereta ada air cond, tak lah panas sangat. Ada pulak muzik, tak lah bosan sangat. Hari pun baru pukul 3.00 petang, tak perlu gulut gulut kejor bazar ramadhan.

Bila dah ralit dengor lagu hari raya Siti Noraliza, mata mulalah terlelap. Ngantuk weh. Sedar tak sedar dah azan maghrib.. Tertidur rupanya. Jalan pun dah tak sesak lagi. Hanya tinggal kereta kita sebuah sahaja disitu. Pasar ramadhan pun belum pergi lagi.

Pesan koi .. jangan tertidur semasa memandu weh.. nanti lambat berbuka

10 comments:

ima shhs said...

salam singgah... salam perkenalan...

mmg tension dgn kesesakkan kuantan..;p

Basuh Baju said...

satu tempat yg tak sesak- masjid..:p

Cikgu Jang .. said...

Che gone, dah orang mula ramai. pulak tu bulan2 posa ni gamoknya cemus duduk rumah je, apa lagi pakat pegi kuarlah jalan2.
Tu belum lagi seminggu belum raya, masa tu lagilah sesaknya, ibaratnya semua orang keluar dari rumah nuju bandar...dan tokey2 kedai tersenyum lebarlah jawabnya....

relevan said...

Kwn yang pelik kat tmpt kome ni pun sering berlaku kesesakan..nak pulak bila time berebut murtabak..

endiem said...

ima-shhs
.wsalam.. singahlah, jemput.
koi nak juga buat nt3 nostalgia ramadhan tu.. lewat sikitlah kot.

endiem said...

basuh baju..
masjid pun sesak juga..bila terawih... tapi terbalik pulak .. mula2 sesak..dekat nak raya jd kurang sesak pulak.

endiem said...

Cik gu jang..
gitulah bilang bilang tahun, sokmo sokmo..

endiem said...

relevan..
koi tertidor tu dengor aok nalipon dj radio pahang fm.. mat brahim..

maiyah said...

salam.. hehe.. tau lak nak terbangun ek! makannn

abu muaz said...

Sesak jalanraya.....sesak nafas....sesak dan memboringkan.... baik lepak kat umah je...