Followers

Sunday, August 23, 2009

Gema Mercun semasa Terawih

Solat terawih adalah satu amalan sunat yang dituntut di bulan Ramadhan yang mulia ini. Di merata-rata tempat, masjid dan surau penuh sesak dengan orang yang datang untuk menjalankan ibadah tersebut disepanjang bulan puasa ini. Tidak kira, kecik besar, tua muda, lelaki perempuan, semuanya dengan satu tujuan untuk mendapat keredhaan Allah jua.

Solat terawih di dirikan selepas solat fardu isyak. Di seseparuh masjid dan surau, solat terawih di lakukan 20 rakaat dan diikuti dengan witir. Ada juga masjid dan surau yang melaksanakan solat terawih 8 rakaat. Selepas habis 4 rakaat, berhenti sebentar untuk tazkirah ramadhan selama lebih kurang 15 minit dan kemudian diteruskan semula dengan 4 rakaat dan disudahi dengan witir. Beberapa penceramah jemputan telah diminta menyampaikan tazkirah ini. Setiap malam seorang ustaz.

Semasa solat, tok imam akan membaca ayat ayat dari surah surah tertentu. Ada kalanya pendik dan banyak kali surah yang dibaca panjang-panjang. Makmum pula khusuk mendengar bacaan imam pada setiap rakaat. Selain dari suara lunak tok imam yang mengalunkan bacaannya, kedengaran juga bunyi kipas angin yang berpusing ligat. Sesekali terdengar juga nafas makmum dibelakang. Sama ada nafas atau dengkuran tidaklah dipastikan.

Dalam suasana hening begitu, tiba tiba terdengar bunyi letupan " BANG !!!" dan dikuti dengan suara dibelakang .." op..bom meletup! " Tok imam pun tercaca seketika, tidak dapat meneruskan bacaan. Rupanya ada seorang dari makmum yang berpenyakit latah. Kesihan dia . Budak budak yang main mercun pulak, satu hal. Tak adakah tempat lain nak bakar mercun.

Kadangkala kita rasa macam bersembahyang terawih di Palestin pulak, dentum sana , dentum sini. Bukan bunyi senapang, mortar atau bom.. tetapi bunyi mercun..

4 comments:

a kl citizen said...

nasib baik tak batal ...

relevan said...

Main mercun katak..lempar kat bwh rumah org..balik rumah berdamor pipi dapat penyepak ayah..kenangan tahun 1975..he he

endiem said...

a kl citizen..
tak batal, tapi terganggu

relevan..
Aok memang nakal..hero kat chenor tu he he.

Webmaster@Echam said...

Endiem,
Gitulah gayenyer budok2 skang ni....