Followers

Monday, August 10, 2009

Selamat Datang Ramadhan

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Selamat Datang Ramadhan. Sifirnya mudah aje. Mula mula Rejab, kendian Sakban lepas tu Ramadhan. Atau nak mudah lagi mula Israk mijrat, kemudian nisfu sakban dan lepas tu berpuasalah.

Itu formula aki, wan dan atuk. Tapi bagi kome di Pahang ni tanda-tanda kehadiran bulan puasa adalah seperti berikut:-

1. Bila hotel-hotel lima bintang bermurah hati mengajak berbuka puasa melalui banner yang digantung dimerata2 simpang dan billboard ,
" Istimewa Buffet Ramadhan - RM 50.00 / seorang, siap dengan gesekan biola oleh Pak Mahat "

2. Bila pihak MPK mula memasang kanopi di tepi padang depan masjid besar Kuantan dan dekat stadium untuk tujuan meniaga bazar ramadhan. Majlis bandaran yang lain juga sama memasang kanopi ditempat yang sekala sekala.

3. Bila buah korma banyak berlambak lambak diletak depan kaunter Gaint, Tunas manja dan TF Value Mart.

4. Bila "orang rumah" mula berpuasa ganti..

5. Bila ada gotong royong membersih dan menebas kawasan parking dekat masjid serta menganti mana-mana gelegar dan rasuk surau yang nak patah.

6. Bila ramai orang pergi ke klinik bukan untuk pemeriksaan H1N1 tetapi untuk kompom gastrik.

7. Bila gula kabung di Pekan Sari Benta cepat laku dari hari biasa.

8. Bila gula mula tiada dalam pasaran dan harga ayam, ikan tenggiri, kembung mula naik dari sekala.

9. Bila jualan kopiah dibazar-bazar mula meningkat.

dan..

10. Bila pemegang mohor raja raja melayu mengistiharkan tarikh mula berpuasa bagi negeri2 di Malaysia pada 22 ogos 2009 . Insyaalah.



9 comments:

hai said...

koi baru balik pada raub,deme di sana..kalo nak menyambut pose ni..hampir tetiap malam ada je orang yg berkenduri...kadang tu semalam sampai 2-3 buah rumah.ada jugak yang bt kenduri di surau /masjid.
nak menyambut pose ni,gula kabung pun dah naik rega..biase2 RM5,sekarang RM6...tunggu la tak lama lagi macam2 yang naiknyer...

Hashim Zabidi said...

No. yg ke (11):
Lepas Isrok mehraj, pasang azam nak tamatkan puasa, sembahyang lima waktu dan tarawikh sekali, amboi! cantik.

Lepas Pemegang Mohor Raja isystihar esok puasa, menderu ke masjid surau buat sunnat tarawikh.

Minggi pertama, kedua cukup alim...

Masuk hari ke 21, ponteng sekali sebab nak shopping hari raya. Kali kedua, tak sedar sahur sebab loceng jam tak berbunyi. Kali ke ketiga dah mula sedap tak puasa. Lepas tu terus syawal ajelah. Hari ke 30 soh tidak puasa, sebab hari tu nak bakar lemang, panas.

Itulah cerita 40 tahun dulu....

Ms Diamond said...

Salam tuan umoh. Koi setuju yg no.4 tu...hehe.

relevan said...

Horeyyy!..kompeni bayar bonus..

endiem said...

hai..
minggu depan kome nak balik batu talam.. org tua nak buat kenduri..kalau ada masa nak gi juga pekan benta hari ahad tu .cari gula kabung.

endiem said...
This comment has been removed by the author.
endiem said...

Pak Hashim..
40 tahun dulu dengan skrang lebih kurang sama je..
minggu pertama, surau penuh .. tak muat.. minggu kedua tinggal separuh.. tapi bila masuk minggu ke 3 dah tinggal 3 saf saja..

endiem said...

Ms Diomand..
wsalam.. tu lah kalau dia posa , koi jugak yang susah.. silap gaya kena masak..

endiem said...

Relevan..
mana ada bonus tahun ni .. gawat..