Followers

Tuesday, August 18, 2009

Resipi

Kalau kita pergi jangah ke kedai buku sekarang ni berlambak lambak buku mengenai resepi lauk pauk, kueh mueh dan berbagai bagai jenis masakan. Selain dari itu, majalah 2 bulanan yang biasa memuatkan resipi masakan sebagai salah satu isi kandunganya, telah menambah muka surat bagi membolehkan berbagai bagai resipi ditulis di majalah berkenaan.

TV juga telah menwarwarkan program masakan yang akan keudara tidak lama lagi. Banyaklah Chef yang dijemput untuk menjadi host kepada program berkenaan. Godong godong dipejabat pun mula "search" laman web yang terdapat resipi resipi yang bagus-bagus dan menjadikan ianya sebagai " favorites" .

Di rumah pulak, buku resipi yang lama nampaknya telah mula keluar dari kotak, rak buku dan almari. Buku ini mula di belek belek dan mana yang ngam akan diasingkan dan diletak diatas peti ais di dapur.

Macam macam masakan yang ingin dicuba. Bubor lambok, ikan kerapu tiga rasa, gulai asarom, gulai tempoyak masak petai, ikan tenggiri singang dan macam macam lagi. Bagi yang minat kueh mueh banyak resipi yang telah disediakan seperti, pengat pisang, pulut panggang, tepung pelita, lepat ubi, lepat pisang, puteri mandi, puding raja dan apam bardat.

Tapi jangan lupa , carik jugalah " buku resipi yang mengandungi 30 juzuk" untuk kita "tengok - tengok" dalam bulan puasa ini.

7 comments:

izman said...

selain tamboh resepi untuk perut, memang patutpun dibelek dan dibaca resepi untuk kesejahteraan akhirat tu.

a kl citizen said...

aii... puasa ni nanti sibuklah membuka buku resipi

hai said...

tak yah bukak buku...kat tenet ni pun bersepah resepi....taip je nak resepi apa??!!
Harap2 'Buku resepi yang mengandungi 30 juzuk'tu..taklah hanya dibaca bila tiba bulan pose je....!!

abu muaz said...

Salam. Betul tu...... puasa ntah cukup ke tidak?

endiem said...

izman..
Setuju sangat koi.

akl citizen..
baru nak belajar, nak cuba jugak resipi yang chef ajar kat tv tu.

hai..
koi memang baca selalu..

abu muaz..
wsalam..insyallah.. cukuplah hendaknya.

relevan said...

Endiem..aok reti buat goreng buah kurma celup tepung?..

endiem said...

relevan..
senang amat, buat macam cok kodok je.