Followers

Friday, August 14, 2009

Usahawan Bermusim

Masih belum terlewat untuk menjadi "usahawan bermusim" . Tak perlu kelayakan sangat, tak perlu kelulusan apa apa dan tak kira umur samaada tua atau muda semuanya layak. Yang penting semangat dan keazaman yang tinggi.

Dengar ceritanya ramai juga godong-godong yang berkira kira nak menjadi usahawan di bulan puasa ini. Katanya banyak peluang meniaga tak kira dimana , sama ada di kampung, bandar dan kawasan rancangan felda tidak lama lagi. Bagi yang berminat, siap siaplah perancangan serta modal. Modal tak perlu besar sangat.

Prinsip penting dalam perniagaan adalah 4P.

P yang pertama ialah Product atau Barangan.

Apa yang nak jual?.
1. makanan dan minuman untuk berbuka;
Bagi yang tak boleh menyediakan juadah untuk berbuka boleh saja membeli makanan dan minuman seperti martabak, nasi minyak, kue keria, karipap, nasi tomato, nasi briani, air tebu, air soya, air mata air dan sebagainya.
2. Kueh Raya
Belum pun puasa, sampel kueh kueh raya telah diedarkan untuk diorder oleh pelanggan2. Amat porpular adalah kueh tat, putu, bangkit, batang buruk, cornflake, kek dan tah apa2 lagi tak kenal koi, tapi makan bolehlah.
3. Korma
Korma pun laku dijual pada bulan puasa. Sunat berbuka mula makan tamar.
4. Perkhidmatan menjahit baju dan langsir.
Upah jahit baju melayu sepasang RM 80.00 dan baju kurung perempuan RM 40.00. Tapi kalau lambat hantar tak merasalah pakai baju melayu atau baju kurung tahun ini.
5. Mercun dan Bunga Api.
Kalau berani boleh lah jual mercun. Tapi kalau kena tangkap dek poleh koi tak nak jamin.

P yang kedua ialah Place atau tempat.

Tempat juga satu faktor penting dalam perniagaan. Banyak bazar bazar ramadhan didirikan dimerata tempat sekarang. Bandar, taman perumahan serta di kampung telah banyak gerai sementara bagi tujuan ini. Untuk menjual kueh berbuka boleh lah.

P yang ketiga ialah Price atau harga.

Harga barang yang kita jual hendaklah murah dan berpatutan , barulah laku dan ramai orang beli. Kalau jual kueh apam 5 hinggit sebuku , sapa nak beli. Sekarang ni karipap pun 3 biji sehinggit.

P yang keempat ialah Promosi.

Promosi kena ada, buat lah banner ke " Air Tebu Madu" besar-besar di simpang masuk ke bazar ramadhan tempat kita. Atau buat promosi beli kueh tepung pelita satu, percuma dua. Tapi harga seringgit satu.

Banyak lagi idea perniagaan dibulan puasa.

Tapi yang dah tentu untung dan mendapat ganjaran adalah menjadi usahawan malam di masjid dan surau.


5 comments:

Relevan said...

Kwn penoh cuba niaga kat pasar Ramadan Jerantut 5 tahun sudah..Untung jual lauk pauk..tp keuntungan tu buat perabis belanja raya.. he he..bila lauk tak habis kome buka pose dgn lauk tu lah..buka kat tapak niaga..seronok punya kenikmatan tersendiri..bertukar2 juadah...belakang kome jual mee kari..dpn jual kuih..ujung pula jual air..tp kwn sokong ngat aok endiem ..mesej yg paling bwh..Usahawan malam dimesjid dan surau..InsyaAllah

eL said...

Baju kurung perempuan tu, kalau kat bandar kira murah RM40 tu. Kat bandar RM60 lebih. Tu pun baju kurung bodo je. Kalau kat kampung pulak, tu kira mahal.

Nak tergelak pasal kuih tepung pelita beli 1 percuma 2 tapi jual 1 harga seringgit...hehehe...macam sama dengan beli seringgit 3 je hahahaha...

Insya-Allah, tahun ni semoga malam kita sampai ke penghujung ramadan la ye...janganlah hendaknya rongak dimulai dari tengah hingga ke hujung-hujung.

Hashim Zabidi said...

Di pasar ramadhan K.Lipis, peniaga 80% org Klte.
Rasa gulai, lauk semuanya manis-manis belaka, macam pengat. Gone nak makan. Kome klu kueh-kueh buat sendiri aje.

Yg peliknya, mana yang tak abis semalam, ada pula diaorang modifie jual semula hari esoknya.

Untung entah mana, pahala tak dapat.

hai said...

Kurma tu memang koi kena beli...mercun/bunga api memang tak pernah beli lagi...
yang lain2 suma koi buat sendiri....sesekali pekena murtabak ngan air tebu,tu kira ok la...pasal koi tak reti membuatnya!!

endiem said...

relevan..
koi kena jadi pembeli manjang.. sebab balik lewat senalor..tak dak can nak niaga...

Emlem O.P..
Skrang ni orang jahit manik pulok pada baju kurung..nak buboh sendiri.. mata tak nampak..
Baguslah kalau ada azam.. buat terawih hingga akhir..

Pak Hashim..
hintai hintailah bubor lambuk..kot kot ada, tak lah manis sangat...

Koi..
Murtabak senang je membuatnya.. tebar je , jadi lah .