Followers

Friday, August 7, 2009

Jerubu datang lagi..

Bukak tingkap pagi ni, gelap semacam je. Tak nampok apa apa, berkabo aje. Mata rasa pedih dan tekak rasa kering. Kadang kadang rasa macam sesak nafas. Rupa rupa jerebu dah melanda kita. Mengikut IPU pada hari ini beberapa kawasan di Malaysia telah mencapai tahap tidak sihat. Bacaan di tiga kawasan di Pahang pada jam 11.00 pagi ini ialah di Balok Baru - 96, di Indera Mahkota - 70 dan di Jerantut - 53. Tapi taklah seteruk pantai barat.

Jerubu selalu dikaitkan dengan pembakaran terbuka. Pada musim panas seperti sekarang ini kenalah berambi sikit kalau nak membakar atau memerun. Kalau ada nak bukak tanah baru lepas tebas tebang, kumpul jelah dahan dan ranting pangkal tunggul dulu. Jangan bakar lagi, tunggu jerubu reda dulu.

Ada orang yang hobinya suka membakar. Pantang nampok pancis ada je menda yang nak dibakar. Pantang nampak daun daun kering garing terus nak cucoh api. Bukannya apa katanya, bila dah tanah dah terang , boleh juga tugal jagung kalau tak pun tanam labu ataupun boleh tabur maman. Tapi kalau api dah melarat tentu jadi kebakaran besar. Ada juga yang hisap rokok, puntung dibuang merata. Silap campak terbakar jugak. Jenuhlah bomba memadam api.

Selain dari sakit tekak dan sakit mata, jarak penglihatan akan menjadi dekat. Kalau bawak kereta kena jaga2 sikit takut sedar sedar dah lutu kereta di depan bila tak dan brek. Eksiden lah pulak. Kadang kadang melibatkan lima, enam buah kenderaan.

Yang pastinya jerubu datang membawa masalah.

8 comments:

Emblem of Purity said...

Yang Berkuasa sedang menguji hamba-hambaNya. Dalam kegawatan ekonomi, diturunkan wabak. Dalam kegawatan wabak, berlaku pulak jerebu. Berdoalah sama-sama supaya kita berjaya melalui semua ujian ini, Insya-Allah.

Webmaster@Echam said...

Salam rodong,
Itu tanda kita sedang diuji dengan ujian dunia. Allah nak tengok kita ni sabar ke tak. I'allah, sama-sama kita berdoa semoga segala dugaan ni cepat berlalu. Takut wehhhh...

hai said...

Dalam keadaan ini,masih ramai yang tidak sedar!!malah makin rancak dengan acara2 yang laro!!

relevan said...

Pakai topeng muka nampak mcm penyamun nak elak jerubu..apa pun betul wehh...Semua ni ujian Tuhan..dunia dh akhir zaman..

Hashim Zabidi said...

Itulah sebab, "Tuah tu Kaya" Dia macam-macam ada. Tak ada yang tidak ada melainkan semaunya ada.

Dulu-dulu mende-mende ( bak bencana alam) macam:
H1N5; H1N1; TSUNAMI; RIBU; TOPAN (MACAM-MACAM TOPAN) KAPAL TERBANG JATUH; ROCK; JEREBU; LAHIR KEPALA DUA; DEMONSTRASI tak ade.

Dengan adanya mende-mende ni maka bertambahlah perbendaharaan kata-kata kita bak bencana alam.
Mujur ada...

endiem said...

Emblem, Webmaster , hai, relevan dan Pak Hashim..
setuju..semuanya ujian Tuhan..

Basuh Baju said...

jerebu ni tiap2 thn ada..sbbnya tiap2 thn manusia dok bakar hutan.. nk wat cmne..

endiem said...

Basuh baju..
betul ke jerebu disebabkan oleh orang bakar hutan.