Followers

Friday, February 12, 2010

Bahasa Pahang - Pemahaman

relevan ada "10 perkataan pelik dari kampung dia" dan Aku anak Pahang ada "10 perkataan power kampung dia juga". Ramai rodong yang tak faham maknanya dan ramai jugak yang pernah dengar dan faham. Semuanya bergantung kepada daerah atau kawasan yang mereka tinggal.

Kadangkala perkataan ini telah hampir pupus dan tidak digunakan lagi. Nampaknya ramai jugak rodong -rodong yang berminat untuk mempopularkan semula perkataan tersebut. Kita patut berterima kasih kepada rodong seperti blog rodong coil (http://caklam.blogspot.com - dah tutup pun ) , kamus okperd pahang malay -english dan banyak lagi yang mengambil inisiatif menonjolkan kembali perkataan dari negeri pahang ini.

Koi pun ada juga perkataan yang jarang orang luar tahu, kecuali daerah dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Koi hanya tulis perkataan nya sahaja, maknanya cari sendirilah:

1. Galir
2. Tak kelulu
3. Pelang kor
4. membung
5. merumbu
6. janka pior
7. mengkarap
8. mungkung
9. lenggek
10. kerayan

17 comments:

cemomoi said...

ace aok tak nok lalu bekongsi istiloh ter... koi ni bukan reti juga kekadang tanya ghodong, ghodong pon tak tau menda maknanya..

relevan said...

Bes ngat berenjok atas buya..pulok te dan lagi nangkap ikan bercerau..

a kl citizen said...

assalammualaikum

no 1 sampai no 10 tak pernah dengar dan tak pernah tau

buatlah perkataan seerti nya dan buat ayat sikit

piewahid said...

kerayan:
kerayan bete nengok budok naik moto zaman sekarang ni weh. maru gamoknyer..!

betui tuan umh

Cikgu Jang .. said...

ibarat mengalir ke sungei pahang....sampai je kat laut...pupus segalanya..

eL said...

oh tidak! failed hamba yang cuma lahir je kat pahang tapi membesar di KL. kononnya.

Mazru Majid said...

pelik amat bunyinye te..hehe

Hashim Zabidi said...

Galir = buat kerja lambat,tak tekun.

Tak kelulu = tak semenggah, macam gila basa.

Pelang kur = pelangkur (satu perkataan) = dentuman petir.

janka pior = cengka pior = kalut, haru biru, terkejut dek berita yg tiba-tiba.

Mengkung = mendiamkan diri, membatu tak mau bercakap.

Kerayan = terkejut ketakutan.

Itu je yg kawan tau. Selebihnya mungkin ungkapan di daerah lain.

Miecyber @ Sudu said...

Bagusngat entri nie..teruskan perjuangan mempertabatkan loghat Pahang......

GhOsToNe said...

uiks..

x tau lak pahang pon ade loghat...

al-lavendari said...

walaupun saya membesar di Pelangai Pahang, tapi satu perkataan pun saya tak pernah dengar !

KAK LILY said...

salam tuan ghumoh,
tu loghat daerah mana tu, koi ni orang Pekan, lain la loghatnye kut.
tapi baguih jugerk kala nak mempopularkan loghat negeri Pahang ni..tak de la pupus gitu jerk

endiem said...

Cemomoi..
Kebanyakan perkataan itu hanya digunakan orang2 lama. en3 akan datang koi akan beritau.

relevan..
poh paleh aok.. bercerau..

akl citizen..
n3 akan datang ni kot.

pie..
kerayan tu perkataan dari lepih..betullah tu kot.

endiem said...

cik gu jang..
jangan biarkan hilang gitu je..

eL..
sesekali balik kampung ace dengar orang temerloh cakap..

mazru..
takner pelik te..

pak hashim..
aok memang pakar..

endiem said...

mie..
sambil sambil.. harap harap rodong2 pun begitu jugak.

ghosthone..
ada.

al lavendari..
pelangai dah terpengaruh dengan n9..tapi banyak lagi tempat lain yg gunakan perkataan ini.

kak lily,,
la aok orang pekan.. ada perkataan tersebut dari pekan..kita akan cuba popularkan perkataan2 dari pahang.

RMY-Abelitokjoro said...

salam weh koi anak pahang..
abeli bahasa pahang ni 3 daerah je ret.. jerantut ..lipis... temerloh... boleh la bercakap sesama kita tu....

qaseh um masyitah said...

Salam tuan rumah
terima kasih atas usaha rodhong-rodhong semua. bolehlah saya mempelajarinya, selain dengan en hubby.