Followers

Friday, May 6, 2011

Waktu Cameron Highlands

Selain dari Kuantan, Pekan dan Bera , Bandar Tanah Rata, Cameron Highlands juga ada jam besar yang menunjukkan Cameron Highlands mempunyai waktu yang tersendiri. Jam besar ini dilekatkan pada satu menara di tengah tengah pekan Tanah Rata. Waktu yang ditunjukkan pada jam besar ini sama sahaja dengan waktu waktu di tempat tempat lain dalam Malaysia.

Orang orang Pahang yang ingin melihat jam ini bolehlah berkunjung ke Cameron Highlands. Kalau dulu dulu untuk pergi ke Cameron Highlands kita kena lalu ikut Kuala Lumpur ke utara hingga sampai ke Tapah dan kemudian barulah naik ke Cameron Highlands. Ianya memakan masanya lama dan belanja banyak untuk minyak dan tol. Silap gaya muntah hijau kita dibuatnya. Tapi sekarang rodong rodong boleh pergi balik hari melalui Sungai Koyan , ke Pos Betau dan terus tembus ke Bertam Valley dekat dengan Ringlet untuk naik ke Tanah Rata.

Dari Sungai Koyan mengambil masa kira kira satu jam untuk tiba ke Cameron Hinghlands dalam keadaan pemanduan yang biasa. Dengan panorama flora dan fauna di sepanjang perjalanan ini membuatkan kita rasa tenang , tetapi sesekali rasa cuak juga takut takut ada gajah yang melintas.

Sunday, May 1, 2011

100 Entri dari Koi Orang Pahang

" 100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG" merupakan kompilasi 100 entri yang terpilih dari blog Koi Orang Pahang. Blog Koi Orang Pahang telah di wujudkan pada April 2009 melalui URL. http://orangpahang.blogspot.com. Sehingga kini blog tersebut telah mengeluarkan hampir 200 entri mengenai adat, makanan, tempat dan budaya orang-orang Pahang. Penulisannya bersahaja dan santai, tidaklah serius namun ianya mempunyai masej-masej yang tersendiri.

Tema blog Koi Orang Pahang adalah mencari identiti. Dalam percakapan harian orang -orang Pahang membahasakan saya atau aku sebagai koi, kas, kawas, kome atau kawan ( ka'in). Penggunaannya bergantung kepada tempat, kawasan dan daerah tertentu dalam Negeri Pahang. Kalau 'kas' digunakan oleh orang orang Lipis, Benta, ' kawas" bagi orang belah Raub dan 'koi' untuk orang Temerloh dan Chenor. Manakala orang orang belah Pekan lebih serasi menyebut 'kawan' bagi ganti nama sendiri. Payah mencari identiti orang Pahang. Kita ambil contoh makanan , apa identiti Pahang sebenarnya?. Ikan patin masak tempoyak ke atau asam rom atau opor daging ?.

Dalam prakata buku 100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG penulis merakamkan terima kasih kepada rakan maya , rakan rakan bloggers yang sentiasa memberi komen komen yang membina serta pengikut ( followers) yang sudi menjegah blognya.

100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG tidak disunting, tata bahasa dan ejaannya tunggang langgang kerana penyedian menggunakan kaedah "tekap tepek" ( copy paste). Ianya mengandungi sebanyak 100 tajuk dengan 211 halaman berukuran 8.25" x 11.25" ( A4) dan dihiasi dengan gambar gambar warna warni yang menarik.

"100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG" tidak dijual oleh mana mana kedai buku dan sehingga ini masih tidak ada mana mana penerbit yang ingit menerbitkan buku ini.

Ianya merupakan Edisi Terhad.