Followers

Friday, May 6, 2011

Waktu Cameron Highlands

Selain dari Kuantan, Pekan dan Bera , Bandar Tanah Rata, Cameron Highlands juga ada jam besar yang menunjukkan Cameron Highlands mempunyai waktu yang tersendiri. Jam besar ini dilekatkan pada satu menara di tengah tengah pekan Tanah Rata. Waktu yang ditunjukkan pada jam besar ini sama sahaja dengan waktu waktu di tempat tempat lain dalam Malaysia.

Orang orang Pahang yang ingin melihat jam ini bolehlah berkunjung ke Cameron Highlands. Kalau dulu dulu untuk pergi ke Cameron Highlands kita kena lalu ikut Kuala Lumpur ke utara hingga sampai ke Tapah dan kemudian barulah naik ke Cameron Highlands. Ianya memakan masanya lama dan belanja banyak untuk minyak dan tol. Silap gaya muntah hijau kita dibuatnya. Tapi sekarang rodong rodong boleh pergi balik hari melalui Sungai Koyan , ke Pos Betau dan terus tembus ke Bertam Valley dekat dengan Ringlet untuk naik ke Tanah Rata.

Dari Sungai Koyan mengambil masa kira kira satu jam untuk tiba ke Cameron Hinghlands dalam keadaan pemanduan yang biasa. Dengan panorama flora dan fauna di sepanjang perjalanan ini membuatkan kita rasa tenang , tetapi sesekali rasa cuak juga takut takut ada gajah yang melintas.

10 comments:

Cik SHiNJU said...

As salam...

Lama sungguh x ke CH...
tgk gambor tu rase tingin pulok nak gi sane...

zulkbo said...

salam..
ermmm..menarik nih
bolehlah koi rancang
percutian satu hari nanti
ke sana..

Anonymous said...

kome org raub ni, g minum petang kat CH lah..balik hari je. haha..

Aku Anak Pahang said...

Bandor kawan bila nak buat jam besor nie :)

Anonymous said...

Assalamualaikum Endiem,

Akak suka sangat pergi ke Cameron Highland. Bila kelapangan di sinilah tempat persinggahan.

Tulah agak frust juga bila kundasang tidak seperti Cameron Highlan dan Frasers' Hill.

Hashim Zabidi said...

Kawan ke Cameron Highlands semalam.
mencari 'tanah rata' haram tak jumpa.

Terasa nak buang air, aku siap bawak lighter, namun air kencing berterabor juga.

Beli strawberi, katanya manis. Sampai dibawah masamnya mak oi! pepalih.

terokai seni said...

untung orang beloh lipis g paso malam pon kat kemeren je

Nizam Awang Brahim said...

Koi baru sekali je naik katas ter.Entoh bebile dapat naik pulok...

Miecyber said...

Nak pergi Cameron Highland jugaklah...


Burung Walit

sahromnasrudin said...

wah!!! kiter pun baru gi CH..sejuk sgt kat cane