Musim durian kembali lagi. Kita dapat tengok merata rata tepi jalan banyak orang menjual durian. Begitu juga dengan pekan sari, pasar tani dan pasar pasar malam , ada sahaja penjual durian yang menawarkan harga yang baik untuk pengemar tegar durian. Harga durian pun dah kira ok juga.
Selalunya penjual durian akan kempen habis habisan untuk orang yang datang membeli. Yang pertama kita dengar ialah nama tempat yang mengeluar durian itu. " Ini durian bagus. " Durian Raub, Durian Sungai Lembing , Durian Ulu Sungai, Durian Pulau Tawar, Durian Beserah dan macam macam lagi nama tempat yang disebut bagi mengambarkan kualiti durian yang dijual itu. Ada juga yang kempen berdasarkan klon durian , contohnya durian kampung, D 24, D 21 dan terbaru Musang King.
Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini musim durian bertembung dengan bulan puasa. Banyak dusun dan kebun yang menjadi kali ini dan buah pun dah stat gugur. Mungkin bila bulan puasa buah buah durian dah banyak dan perlu dijual. Nak makan pun susah juga sebab puasa..dan orang yang nak beli pun kurang pada bulan puasa ini.
Nak menunggu dikebun durian pun satu hal juga , nanti mis pulak terawih.
Jadi apa kelakar kita.
6 comments:
Mok keh rajing baut tempoyok taim ni...
Mok keh rajing buat tempoyok taim ni...
Assalamualaikum Endiem,
Bestnya orang ada dusun durian.
Akak sekarang ni kalau nak beli durian beli di 'giant' jer. Sebab yang telah sudah bila beli, memang puas hati. Sekarang ni 'giant' dah jual yang biji. Dulu jual yang isi saja.
Bila beli tempat orang jual durian jarang dapat 100% cantik. Selalu frust.
musang king saja yang menjadi idaman. yang lain2 dah tak selera kalau pekena musang king
durian sangka, rasanya kepahit-pahit tak disangka.
durian daun, bila gugur bergolek macam daun, isi nipis butir berlunggun.
durian terung, berduri halus, isi nipis nampak ulas, makan tak puas.
durian kepala gajah, buahnya besar, rasanya tawar. makan sebiji tidur menyandar.
musim menjadi, makan tak habis, jual tak laku. Kumpu-kumpul belah, buat asam - tempoyak usang berlapuk sampai ke tahun depan.
Wallah hu aalam...
Penat kome pulok ngangkat kulit derian..
Post a Comment