Pada petang ini, orang akan menengok anak bulan bagi menentukan tarikh mula berpuasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia. Bagi tujuan tersebut beberapa tempat dan lokasi telah ditetapkan termasuklah di Teluk Kemang. Di Pahang pula tempat melihat anak bulan adalah di Bukit Tanjung Batu Nenasi, Bukit Pelindung, Kuantan dan Gunung Berincang, Cameron Highlands. Pemegang mohor besar raja raja akan mengistiharkan tarikh mula memegang puasa pada malam ini samaada pada hari isnin 1.8.2011 atau hari Selasa 2.8.2011.
Kita jangan terpengaruh dengan gambar diatas. Ianya tidak kena mengena dengan membekal anak bulan kepada Pemegang Mohor Besar Raja Raja dalam menentukan tarikh mula berpuasa. Syarikat Pembekal Anak Bulan adalah merupakan satu kedai runcit yang membekalkan keperluan dapur kepada penduduk penduduk di sekitar bandar Bentong.
7 comments:
Koi ingat ande anok bulan untuk di jual tadi....
hampuras... maunya posa tiap hari kalo gini
salam..
selamat berpuasa..
moga di permudahkan
segala amal ibadat
nanti..
Salam En. Endiem,
Selamat berpuasa.
Pelik betul nama kedai runcit tuh!
Ada kontraktor bekalkan anak bulan ker..Hehehehe
nama kedai dia begitu?
Assalamualaikum Endiem,
anak bulan pun ada orang jual yer.
Selamat menjalankan ibadah puasa untuk Endiem sekeluarga.
Post a Comment