Followers

Thursday, September 15, 2011

Dua Puluh Hari Lepas Puasa

Dah puas Talib menunggu rodong rodong di Warung Pak Jabit untuk mengetea pagi itu. Sejak dari bulan puasa, raya hinggalah melarat ke puasa nam, baru kali inilah dia dapat luang bersama sama Jusoh Angin, Mat Lela, Rani Puyu dan Angah duduk semeja membincangkan masalah semasa di meja persidangan Warung Pak Jabit di tanah rancangan mereka. Namun harapannya untuk mengalahkan Mat Lela bermain dam aji kali ini musnah. Kelibat juara Dam Aji dan juara bahas kampung A masih tak kelihatan.

Kebiasaannya terlalu banyak topik yang hendak di bahas serta dibincangkan dan kadang kala bukan setakat minum teh dan makan kueh rempeyek sahaja, forum tersebut memerlukan mereka mengasah minda dengan bermain dam aji. Kadangkala riuh rendah kehadamatmengalahkan pelelong barang barang plastik di Pekan Sari Benta setiap pagi Ahad. Jika tidak mendapat keputusan, perbincangan tersebut harus disambung pada esok, lusa dan hari hari seterusnya.

Mana perginya Angah ? . Mana perginya Mat Lela?. Kalau Angah dan Mat Lela tak ada, takkan Rani Puyu pun hilang sama. Mungkin juga dema dema tu pergi ke ladang lepas bulan puasa ni. Maklum sajalah banyak belanja keluar untuk sambut hari raya dulu.

Pergi ladang buat apa?. Bukankah kerja kerja ladang telah diswastakan kepada pihak Felda?

Dengan rasa kecewa Talib meninggalkan duit RM 1.00 diatas meja serta memberi isyarat kepada Teh anak dara Pak Jabit atas bayaran teh tarik yang masih berbaki separuh gelas itu.

Deras deras Talib menyetat motor Honda EX5 menuju hala simpang masuk kampung A. Dia rasa tak puas hati dan rasa ada se suatu yang tak kena pada rodong-rodongnya itu. Semasa melintas gerai Ngah Senah, Talib nampak kelibat Rani Puyu tergayang-gayang di dalam gerai Ngah Senah.

Dia membrek motornya dan menongkatkannya dibawah pokok ketapang diseberang jalan. Talib terus menuju ke arah Rani Puyu dan beberapa orang yang duduk di beberapa buah meja. Rupa rupanya rodong rodong lain pun ada disitu. Usahkan Angah, Jusoh Angin, Mat Lela yang kaki dam aji malahan Pak Ayub, Samad Lintah , Padeli pun ada.

Apa istimewanya gerai Ngah Senah hinggakan Jusoh Angin dan Mat Lela beralih mengetea di situ. Tak mungkin Ngah Senah menyediakan papan dam untuk pengetea tegar Kampung A, kerana selama ini Ngah Senah memang tidak suka suasana bising bangat menganggu pelanggan lain di gerainya.

Perlahan lahan Talib mendekati dan terus menyapa Mat Lela.

" Puas keh cari aok, sini rupanya"

Tiada jawapan dari Mat Lela , tetapi memberi isyarat tangan supaya menunggu sebentar.

Talib berpaling ke arah Angah. Angah juga tekun mengadap laptop seolah olah tidak menyedari kehadirannya disitu. Begitu juga dengan rodong rodong yang lain. Mereka dengan dunia masing-masing. Ada yang melayani facebook, Ada yang menulis di blog, ada yang melayari Youtube. Senyap sepi dari hilai ketawa di Gerai Ngah Senah.

Gerai Ngah Senah dah maju sejak lepas puasa ni. Gerainya telah ada Wi Fi bagi kemudahan pelanggan.

Perlahan lahan Talib meninggalkan mereka di Gerai Ngah Senah. Dia mencongak congak berapa agaknya baki elaun sawit bulan depan.

4 comments:

ZZ Agro said...

Salam weh,

Koi sekarang sedang usahakan Tanaman Cendawan Tiram Kelabu. Kepada rodong-rodong yang berminat nak sertai Skim Ladang Kontrak sila email dan tepon koi yak....

Echam: 013-3563047 @ zzagro@gmail.com

Hashim Zabidi said...

Sejak berpengkalan di gerai Ngah Senah, Org peserta rancangan sudah berhenti bermain dam aji, tidak ada kemajuan kata mereka. Pak Jabit kena memikirkan sesuatu ganti dam aji sebagai tarikan.

Di KL projek hiburan macam kulat cambah lepas ujan. Halal dgn haram sama laju.

Cik SHiNJU said...

Wallawehhh...cayalah Ngah Senah..
hehehe...


Slmt Hari raya rodong...
Mohon maaf andai ade salah dan silap sepanjang kome berblog ni yek..

CikRose said...

SELAMAT HARI RAYA....=)