Followers

Friday, April 17, 2009

salam pengenalan

Saya amat tertarik dengan slang atau lorat bahasa yang digunakan dibeberapa daerah di Negeri Pahang, seperti Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Pekan dan Rompin. Setiap kawasan kawasan tersebut mempunyai lorat bahasa yang tersendiri. Contohnya bagi Daerah Lipis yang juga mempunyai beberapa kawasan dan kampong dimana jika diteliti terdapat juga perbezaan diantara kawasan kawasan tersebut tetapi bunyi lorat-lorat tersebut seakan-akan sama. Orang Lipis ( disebut Lepih) di Padang Tengku bercakap dengan orang di Benta macamana?. Sama saja . Di daerah Lipis bagi perkataan " saya" biasanya di sebut sebagai " kaith" contoh " kaith nak.. kaith sebert" . Ini membawa erti " kalau saya nak nanti saya akan beritahu" bukannya " kawan nak Carlsberg".
Begitulah uniknya bahasa atau lorat di satu daerah

5 comments:

endiem said...
This comment has been removed by the author.
alam said...

Koi sokong usaha awok nak promosikan loghat Pahang ke serata...
Moh kite sebarkan...

endiem said...

CakLam. tima kasihlah koi pun banyak rujuk dengan oak.

Aida Ab Jalil said...

he he he...baguih la ada usaha nak tingkatkan bahasa kite ...buat per nak beriye sgt agung bahasa orang luar? kite ade bahasa kite...gune ler..tak salah belajar bahasa lain tapi kena lebihkan bahasa kite dulu..kalo dah bahasa kite pun tunggang langgang cam ner?skrg ni org sibuk speaking ngan anak kat umah...bile balik kg mule ler tuk nenek tak paham..kan susah gitu...

endiem said...

Terima kasihlah Kak Long kerana melawat ke blog Pak Cik. Jika ada pandangan dan tegoran yang boleh dijadikan panduan, jangan segan segan bolehlah diberitahu.