Followers

Monday, May 4, 2009

MACAMANA LORAT PAHANG BERLAKU

Maka di kesahkan , basa orang Pahang adalah mengikut arus aliran sungai di negeri Pahang. Bermula dari Sungai Jelai di kawasan Ulu Jelai ( seperti Kuala Medang, Tg. Gahai, Bkt Betong, Lepih dan kwsan sewaktu dgn nya) hinggalah ke Kole Tembeling, arus sungai deras, maka cakap orang di area sana pun deras atau pun laju jugaklah. Contohnya ayat" awak nak pergi kemana?" disebut dengan deras ( laju ) " oak nak kone..teh?". Di Kole Tembeling Sungai Jelai akan bertemu dengan Sungai Tembeling. Sungai Tembeling bermula dari Ulu Tembeling seperti Kg. Bantal, Kg. Mat Daling dan Kole Tahan. Cakap orang sanun pun laju jugak tapi beza sikit dengan orang belah Lepih. Di Ulu Tembeling cakapnya lagi laju sebab arus sungai Tembeling lagi laju ( ? km/jam). Koi ta reti nak mengajuknya tapi kalau Mat Don ke atau Alwi Gani tu memang dah cakap dia. Sebab dia orang Ulu Tembeling.
Seterusnya dari Kuala Tembeling arus kedua-dua sungai tersebert mengilir ke Sungai Pahang. Air sungai tidaklah selaju kedua sungai tadi, tapi masih laju jugak. Kawasan seperti Jerantut , Jerantut Feri, Pulau Tawar dan Kelola masih bercakap deras. Apabila tiba di Temerloh satu lagi kuala akan kita berjumpa iaitu Kuala Semantan. Sungai Semantan bermula dari area Raub melintasi Lanchang, Sanggang, kerdau dan berakhir di Kuala Semantan dekat Temerloh. Cakap orang di Temerloh mula lambat sikit sebab arus air disini dah mula slow. Contoh ayat " Koi nok gi kebun nak kait mutan". Orang belah-belah Chenor pun masih mengikut slang atau lorat Temeloh jugak macam Sidi.
Seterusnya sungai Pahang akan mengilir ke Pekan. Kta akan berjumpalah kawasan seperti Lubuk Paku, Paloh Hinai ( kampong Sarit Kasim). Ganchong, Langgar, Pulau Injin dan Ketapang.
Arus Sungai di sini makin perlahan. Orang Pekan akan bercakap lewe sikit " Kawan kejor di anjingg , jatuh tebing, terguling-guling"