Followers

Friday, May 22, 2009

Di Mana Nak Makan

Celik je mata, selalu ingat apa nak makan. Samaada kita bole makan sedap atau sebaliknya bergantung pada kepada keadaan ekonomi masa itu. Tapi kalau ekonomi dah tegap, rega sawit dah bagus kita mulalah beranggar nak cari tempat makan yang sesuai. Kala sakat nak makan ayam kentaki dah ada besepah, kat Benta anda, kat Karak pun anda, Jerantut ke apatah lagi. Tapi kala nak rase masakan Pahang kenalah perati beto-beto tempat-tempat yang sesuai dengan selera.

Di Jerantok, nak makan ikan sungai, patin ke, baung atau ikan gahak gi je lah ke restoran Mak Anjang. Nanti jumpalah lauk asarom, masak asam ke atau goring bodo garam kunyit je. Atau pun gi ke kedai zainuddin Mela depan setesen bas Jerantut, mintak lah lauk asam tempoyak + petai + ikan patin buah.

Di Temerloh pulak, sesuai dengan tema " Temerloh Bandar Ikan Patin" makanya banyak kedai makan dan restoran yang sediakan masakan lauk ikan patin masak asam tempoyak. Ikan patin ini banyak dibela dalam sangkar di sungai Pahang. Cubalah pegi ke gerai Pak Usop, dekat dengan Pekan Sari Temerloh. Pukul 12 dah ada orang beratur nunggu nak dapatkan ikan patin tersebut. Reganya pun ok jugak.

Kala kat Kerayong, sungguh pun Bera digelar daerah mengeluarkan puyuh, payah juga nak dapatkan goreng puyuh di restoran-restoran sekitarnya. Di Maran yang terkenal dengan bandar ayam kampong telah berusaha memperkenalkan masakan berasaskan ayam kampong. Bekalan ayam ayam kampong mudah didapati di Pekan Sari Chenor. Tapi sehingga kini tak banyak restoran yang menyediakan menu ayam kampong di bandar Maran.

Di Kuantan pulak, nak makan masakan orang Pahang pegi jelah ke Restoran Pak Akop kat tepi sungai Kuantan di belakang KWSP lama. Kat situ ada macam macam lauk. Ikan Kerai, lampam dan tenggalan, lebar-lebar tapak tangan di goreng garam kunyit menjadi pilihan orang-orang Kuantan.

Di Pekan, kebesarannya ialah Opor. Tapi nak dapat restoran yang menjual opor kat bandar Pekan pun payah. Kala ada pun kat gerai makan di simpang Kampong Ubai. atau kat restoran Khatijah di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.

Nak rasa udang galah gi lah ke Rompin. Tempat yang menjadi tumpuan ialah digerai R&R Leban Chondong , simpang nak gi Muadzam. Pah paleh udangnya kasar-kasar.




10 comments:

Mokde said...

salam
mana nak cari buah kuran? lama tak nampak kat pekan sari temerloh. Sian anak mokde dah tak ingat rupa dan rasanye macam mana

Hashim Zabidi said...

Kalau nak makan ikan patin 'betul punye' datanglah ke Lipis yang harganya lebih RM120. sekilo.

endiem said...

Mokde, Mana nak dapat buah kuran le nie. Pokok kuran dah abis orang tebang buat balak. Jenuh cari lah tak jumpa.

endiem said...

Tak daya lah koi , kalau nak makan patin rega sampai seratus lebih. Koi pun tahu patin tu patin sungai jelai. Sama tara dengan ikan kelah. Dapat makan patin sangkar pun jadilah.

CakLam said...

Maran Bandar Ayam kampung?. kat pekan sari Chenor kurang penyertaan orang kampung... Ke ramai yang tak tahu.. promosi kurang kut?...

endiem said...

Maran dah digelar bandar ayam kampung.. Datok Tan dah istihar.. Fama pun selalu buat promosi. Nak makan ayam kampung gi je lah kat gerai depan masjid kg. sentosa

Bie'z said...

Salam
Bestnya ya dpt mkn2
OOO Kat Kuantan ada restoran pak akop ya...sdra saya tu!hihihi
Pergi jgn tak pergi

Anonymous said...

mende buah kuran tu, koi org kedah, ni petama kali dengar

sakuraspicelife said...

salam.visit my blog-www.sakuraspicelife.blogspot.com.thanks!

jam said...

sape tau kat KL kedai makan/restoran masak masakan temerloh/pahang? tlg call/sms to 0126400799