Followers

Tuesday, May 12, 2009

Nama Panggilan Tidak Rasmi

Bila ramai sangat orang yang sama nama dalam sebuah komuniti itu , makanya wujudlah "nama nama panggilan tidak rasmi" bagi membezakan antara individu-individu tersebut. Pemberian nama panggilan ini bukanlah diberi oleh mak ayahnya atau jauh sekali oleh tuan punya diri tetapi diberi oleh ghodong yang rapat dengannya.

Pemberian nama tidak rasmi ini selalunya dibuat dengan mengambil perhatian kepada perkara yang dimiliki oleh individu tersebut. Diantaranya ialah asal usul orang itu. Contohnya katakan dalam sebuah pejabat terdapat dua orang bernama Zakaria. Jadi wujudlah dua nama panggilan untuk Zakaria iatu "Zakaria Lepih" dan"Zakaria Bebar". "Zakaria mana? .... Zakaria Lepih"

Ada juga nama panggilan tidak rasmi ini wujud dengan mengambil kira sifat sifat fizikal sesaorang. Seperti gemuk, kurus , panjang, pendek dan sebagainya. Contohnya... Osman. Osman Kering, Osman Kurus, Osman Botak, dan sebagainya.

Terdapat juga panggilan nama tidak rasmi ini dengan merujuk kepada nama suami atau isteri individu tersebut. Contohnya "Lan Selamah", Maknanya individu tersebut ialah Roslan suami kepada Selamah. Lain-lain contoh ialah Din Besah, Kiah Jalil dan lain-lain.

Satu lagi kaedah yang digunakan untuk memberi nama panggilan tak rasmi ini ialah dengan melihat kepada perilaku dan perangai sesaorang seperti nama nama berikut :- Dollah Kusut, Dollah Serabut, Dollah Lelah dan sebagainya.

Lebih dahsyat lagi nama tersebut dikaitkan dengan haiwan atau sifat sifat yang buruk seperti Mail Kerba, Man Todi, Lan Lanun, Dolah Ibleh, Mat Beruk dsnya.

Samaada nama panggilan tidak rasmi ini di setujui atau tidak oleh tuan punya diri , ianya akan tetap digunakan bagi tujuan - tujuan yang tersendiri.

Antara ghodong koi yang mempunyai nama panggilan tidak rasmi ini:
Dolah serabut, Dolah Kusut, Din Bobak, Man Botak, Husin Pendik, Bakar Ayam, Din Lipat, Rahim Bangau dan ramai lagi.



No comments: