Dalam perbualan dan percakapan seharian orang orang di Pahang, terdapat 2 perkara yang dilihat sebagai unik. Pertamanya, slang atau lograt ( seperti slang Kelantan, Trengganu , Kedah dan beberapa negeri). Orang Pahang mempunyai lograt yang tersediri mengikut kawasan atau daerah di negeri itu. Ianya dapat dihayati dan dibezakan dengan lebih jelas melalui pendengaran.
Perkara yang kedua ialah bahasa atau istilah sesuatu perkara. Ianya mungkin tidak digunakan atau difahami oleh orang luar. Malahan budak-budak kecik jika kita gunakan bahasa tersebut ia akan ternganga. Tak paham. Kebanyakan Bahasa atau Istilah tersebut adalah bahasa yang lama yang mungkin tidak sesuai digunakan sekarang. Oleh kerana terdapatnya bahasa persuratan, generasi baru di Pahang sendiri tidak faham dan tidak menggunakan istilah ini. Mungkin dimasa depan istilah tersebut akan pupus ditelan dek zaman.
Kita boleh mengambil dan menggunakan kembali istilah tersebut sebagai penggunaan percakapan harian dengan membuat pengubah suai dimana perlu. Berikut saya berikan beberapa contoh yang saya kira boleh digunapakai dalam seharian:
Contoh 1.
" Mamat, aok gi tekap pelan nie 4 salinan" maknenya (Mamat, awak pergi photostat pelan ini 4 salinan)
Perkataan tekap mengantikan photostat
Contoh 2.
" Sukri. gi kanceng pintu kete ayah tuh" maknenya ( Syukri , pergi kunci pintu kereta ayah )
Perkataan kancing mengantikan kunci ( atau lock)
Itu adalah 2 contoh. Banyak lagi Istilah dan perkataan lain yang boleh digantikan.
No comments:
Post a Comment