Followers

Saturday, March 5, 2011

Nasi Dagang Ubai

Ini ada satu lagi gerai yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengisi perut pada kala pagi. Tempat ini porpular dengan nasi dagangnya. Kalah nasi dagang Trengganu. Orang orang sekitar Pekan dan Kuantan tahu amat akan kesedapan nasi dagang ubai ini.

Nasi dagang ubai dijual dibeberapa buah gerai di Kampung Ubai. Kampung Ubai terletak diantara bandar Pekan dengan Kuantan . Tidak heranlah kalau rodong rodong yang kerja luar dari Kuantan hala ke Pekan atau orang Pekan nak pergi Ibu Pejabat di Kuantan akan singgah disini untuk kena nasi dagang . Hari Sabtu atau hari minggu pun ramai orang. Kalau hari sabtu atau hari minggu selalunya akan terjerempak dengan Napi Salleh dengan Tok Penghulu Mat minum di sini.

14 comments:

Jejaka Desa said...

Koi tak nyinggoh lagi ter....

akuanakpahang said...

Sedak weh nasi dangang nie kalau kena dgn gayanya kawan kenan weh :)

relevan said...

Nasik dagang lauk ikang aya..ada pula solok lada..ahaha..bertamboh tamboh..

nanti kome carik kedai nih..

LIPISLADY said...

Sallam,
Ari tu pegi Kuantan ingat nak cuba nasi dagang ubai ni, tapi tak sempat, ralat juga rasanya.

Miecyber said...

Kena cuba jugak nanti yak...

Senarai produk positif DNA babi akan diumumkan

zulkbo said...

salam..
ada rezeki sampai
lah koi ke sana nanti

Aku said...

salam,
tak ada franchais kat s.alam?...

aRoL said...

yeke lebih sedap dr nasi dagang Tenganu, kena cuba nanti ni..

Cik SHiNJU said...

As salam...

Mmg sedak nasi dagang Ubai..
Koi salu tapau,makan kat Pantai Sepat..

Hisyam Muhibah said...

haaa hok ni keh selalu amat nyinggoh maken nasi dagang ubei ni.. testimonial keh : sedak yang amek.. mesti singgah wehh

mal_troNz said...

selalu sangat koi singgoh dulu..
koi kijer supervise jambatan jalan kuantan pekan tuh,so seminggu 3-4 x g...
mmg terbaik~~~

Anonymous said...

Ada satu lagi gerai jual nasi dagang yang sedap kat highway kuantan bypass.... ari tu ada singgah makan waktu on d way nak ke kl dari kt....

Anonymous said...

napi salleh meninggal dah 4 ari lepas

Anonymous said...

Nasi dagang nih memang sedap. Setiap kali balik kampung di tanah putih pekan saya satu famili pasti akan singgah makan sini dulu. Bila nak balik ke K.Lumpur pun kami mesti makan sini dulu dan akan bungkus juga bawa balik KL. Suami saya orang KL, kali ptama dia makan dia dah tergoda dengan nasi dagang kat ubai nih... Menjadi satu kemestian utk dia berhenti makan kt sini bila balik kampung.. Mesti cuba baru tau. Apapun saya tetap rindukan nasi dagang mak saya. Dulu dia penjual nasi dagang.. Hihih..