Followers

Tuesday, March 8, 2011

Bunga Duit

( Klik pada gambar untuk tengok dengan lebih jelas)

Beginilah gamaknya kalau duit dibuat bunga. Duit singit singit atau duit sepuluh ringgit di gumpal gumpal menjadi kuntum bunga seterusnya digubah dengan bunga kertas atau bunga plastik menjadikan sejambak bunga. Tak buat dik orang bunga duit ini digunakan ke Pasaraya Gaint , Tunas Manja atau pekan sari untuk membeli barang dapur , ikan dan sayur sayuran.

Biasanya bunga duit ini dibuat untuk dijadikan mas kahwin bagi orang yang nak nikah. Orang yang nak nikah lagi pun perlu menyediakan mas kahwin jugak. Pihak lelaki akan memberi mas kahwin kepada pihak perempuan sebagai satu kewajipan pada hari pernikahan tersebut. Bermacam macam bentuk persembahan mas kahwin boleh dibuat oleh pihak lelaki , termasuklah bunga duit ini. Di Pahang mas kahwin yang ditetapkan adalah RM 22.50. Jika berhajat nak memintak orang Pahang kenalah menyediakan mas kahwin sebanyak tersebut.

Wali hakim akan menyebut nilai mas kahwin apabila merenjuh tangan pengantin lelaki ketika akad nikah dijalankan, manakala pihak pengantin lelaki akan menjawab dengan menyebut nilai mas kahwinnya sama ada tunai atau pun hutang.

13 comments:

Cik SHiNJU said...

As salam...

Mcm2 gaya guboh dek org yek..
Puas la nak bukok balik..

akuanakpahang said...

KAWAN INGAT BUNGA DUIT PADA KUKU TADI :)

Hashim Zabidi said...

Di Pahang upah nikah lebih tinggi dari nilai maskahwin.

Dipergelang-tanganku terasa gatal dan berbau bunga duit. Kemungkinan besar ada duit nak sampai dlm masa terdekat ini.

zulkbo said...

salam..
mas kahwin tu murah anje..
yang mahei..hantarannya..tak
tahan wehh..ler nih main
puluh ribu..

endiem said...

cik shinju..
kalau tak guna gam tak pe lagi .

endiem said...

yassin ..
itu bunga duit lain..

endiem said...

pak hashim..
banyak lagi yg kena keluar.. hantaran, upah wali hakim, banyak lagi lah..

endiem said...

zulkbo..
koi dah lepas.. hehehe

Jejaka Desa said...

Puas la membukok nye....

Miecyber said...

Ingatkan duit bunga tadi...

RAM & ROM

Azueriena Norash said...

lamer x singgah sini...banyak entry terlepasss....bunga duit tuu sayang nak guna kan....tp kalau x simpan kompom ilangg yer x...huhuhu

Hisyam Muhibah said...

mas kahwin kat pahang ni katanya nak kaji semula. jaip dah buat kajian dan dah bawak ke muip. boleh rujuk sini rumusan kajian ilmiah kadar mas kahwin

relevan said...

bak nak singgit..