Followers

Friday, April 15, 2011

Tolong Topap

Hari ini, pagi pagi lagi Along dah buat hal.. Jam 8.30 Koi terima sms . Mula mula ingatkan "celcom offer" nak bagi bonus sms jika topap RM 10 sebanyak 4 kali. Tapi ternyata bukan. Sms tersebut datangnya dari nombor yang tak de dalam directory sim kad. " Sapa pulak ini.... ada masej apa pagi pagi ni... salah nombor ke?".

"AYH TOLNG TOP UP ..RM 10 . KE NO INI. ALONG ADA DI BALAI POLIS SKRAG.. ADA MASALAH SIKIT. INI NO. BARU ALONG".

Begitulah tulis dalam sms tersebut.

" Apa pulak hal Along ni kat balai polis ni.. kena saman ke ? , Atau langgar orang ke? eksiden ?atau kena bungkus dengan ops rempit.?" macam macam persoalan timbul dalam kepala. Nak kata roadtx takde .. rasanya baru sangat beli motor tu. Koi beli motor tu pun nak bagi senang dia pergi kuliah. Dulu kat kolej tak perlu motor tapi sejak kena duduk rumah sewa susah kalau tak de kenderaan nak pergi kuliah. Along bukannya tak de lesen. Lesen P baru saja dapat dengan Badawi, driving skol.

Koi cuba jugalah nalipon Along.. tak de jawapan. Cuba lagi pun tak de jawapan. Dah naik kohot tangan menekan kekunci talipon nokia 3310 lama koi te. Tak mohnya jawab. Mungkin handpon dia hilang, itu sebeb dia beli nombor baru.

Baru teringat nombor pada sms te... Koi pun menalipun jugalah ke nombor te.. tapi tak de jawab.. ada ringing. Puas jugalah mencuba.

" Dah... Macam mana ni?... Nak pergi kebalai Polis Tanjung Malim bukan nya kerja"

Cepat cepat koi pergi ke kedai depan pejabat mintak top up no tadi. Mana tahu bila dah top up dia akan call koi. Kali ini topap RM 10.00, biasanya kalau dia mintak topap koi akan topap RM 5.00 saja. Mana tahu emergency sangat.

Tak senang duduk juga di pejabat mikir hal along ni. Nak talipon dah puas talipon.

Kira kira pukul 12.00 ada along nalipon. Dengan nombor lamanya. "Assalamualaikum.. Ngapa ayah nalipon along?.... ada 18 miscal ni? ".

Terlupa nak menjawab salam terus aku bertanya " Mengapa along ke Balai Polis tadi?.."

" Balai polis? mana ada... kan hari ni along ada paper.. along tak bawaklah talipon."

" Saja je ayah nak nalipon along... dah lama tak dengar suara along" kata koi perlahan.



14 comments:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Lama tak menjenguk rodong,
Bagitulah kita ni, lorat sangat ke anok, takut dema susah. Akhirnya kita juga yang terkena.
Hehe..kira tu bersedekohlah
hari ni RM 10 yee,
Ada juga orang gitu yek..

endiem said...

Lipislady..
dah nak terkena nak buat cam mana...

akuanakpahang said...

Salam, kawan hari tu dapat juga SMS lebih kurang macam nie.. lepas tu kawan jawab tenggkorok aok bla..bla campo mencarut sikit :(

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Endiem,

Laa macam-macam orang penipu sekarang ni. Kena berhati2 ni.

Cik SHiNJU said...

As salam...
Lapor jer ke SKMM...dia boleh check no tepon si penipu ter...
Nt bebudok ni makin menjadi plak...
Sorg sepuluh ringgit..kalau sehari dia dpt pow 10org dah 100..boleh dia jual topup plak pasni...

Hashim Zabidi said...

sekali terkena, dua kali jangan...

cemomoi said...

kekadang bila nak terkena gitu le gayanya...

endiem said...

yassin ..
nasib baik aok cepat tangkap..

endiem said...

Kunang -kunang..
memang nak kena tipu..

endiem said...

cik shinju..
Malaslah nak lapor, sikit je kira sedekah je..

endiem said...

Pak hashim..
dah nak kena..esok kena ingatlah..

endiem said...

cemomoi...
dah terkena..bagi yang belum kena ingat-ingatlah.

Cikgu Jang .. said...

hehehe......takpe abis 10 hinggit...kira sedekoh je, janji along selamat

Miecyber said...

Dah terkena tipulah tu..
Ramai yang dah terkena jugak

2 kembar beradik kongsi tarikh lahir