Followers

Sunday, May 1, 2011

100 Entri dari Koi Orang Pahang

" 100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG" merupakan kompilasi 100 entri yang terpilih dari blog Koi Orang Pahang. Blog Koi Orang Pahang telah di wujudkan pada April 2009 melalui URL. http://orangpahang.blogspot.com. Sehingga kini blog tersebut telah mengeluarkan hampir 200 entri mengenai adat, makanan, tempat dan budaya orang-orang Pahang. Penulisannya bersahaja dan santai, tidaklah serius namun ianya mempunyai masej-masej yang tersendiri.

Tema blog Koi Orang Pahang adalah mencari identiti. Dalam percakapan harian orang -orang Pahang membahasakan saya atau aku sebagai koi, kas, kawas, kome atau kawan ( ka'in). Penggunaannya bergantung kepada tempat, kawasan dan daerah tertentu dalam Negeri Pahang. Kalau 'kas' digunakan oleh orang orang Lipis, Benta, ' kawas" bagi orang belah Raub dan 'koi' untuk orang Temerloh dan Chenor. Manakala orang orang belah Pekan lebih serasi menyebut 'kawan' bagi ganti nama sendiri. Payah mencari identiti orang Pahang. Kita ambil contoh makanan , apa identiti Pahang sebenarnya?. Ikan patin masak tempoyak ke atau asam rom atau opor daging ?.

Dalam prakata buku 100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG penulis merakamkan terima kasih kepada rakan maya , rakan rakan bloggers yang sentiasa memberi komen komen yang membina serta pengikut ( followers) yang sudi menjegah blognya.

100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG tidak disunting, tata bahasa dan ejaannya tunggang langgang kerana penyedian menggunakan kaedah "tekap tepek" ( copy paste). Ianya mengandungi sebanyak 100 tajuk dengan 211 halaman berukuran 8.25" x 11.25" ( A4) dan dihiasi dengan gambar gambar warna warni yang menarik.

"100 Entri dari blog KOI ORANG PAHANG" tidak dijual oleh mana mana kedai buku dan sehingga ini masih tidak ada mana mana penerbit yang ingit menerbitkan buku ini.

Ianya merupakan Edisi Terhad.


19 comments:

Ateh Nour said...

Sallam Weh Endiem,

Abih tu aok nok bagi pree je ke buku tu, kalau gitu keh nok sebiji.

Ateh Nour said...

Lupa, selamat menerbitkan buku koleksi Koi Orang Pahang.
Hidup Orang Pahang.

Ari tu keh pegi kontan nok cari aok tak ada alamat pulok.

zulkbo said...

salam..
ermmm..selamat maju jaya
buat empunya blog dan blog
ini..tahniah wehh!!

Aku Anak Pahang said...

Tahniah terus usaha anda!

Hashim Zabidi said...

mintoklah ke kas satu naskhah. Tentang bayarannya sebut aje, kas bayor.

Sila alamatkan ke No.34 Jalan Damai,Taman Permai 27200 Kuala Lipis.

Cik Ina Do Do Cheng said...

apa khabar orang pahang?tahniah teruskan usaha ye.

Miecyber said...

Jaga baik baik koleksi nie, boleh jadi bahan untuk research kepada sesiapa yang berminat..

Kapalterbang bateri

endiem said...

Lipislady..
Assalamualaikum.
letih juga nak sediakan buku ni, tengah print dakwat habis, lepas tu nak kena binding pulak.. Masa ni koi pun baru ada sebiji nilah. Nantilah koi cari penerbit untuk cetak banyak banyak.. bolehlah beri rodong 2.

endiem said...

zulkbo..
terima kasih atas sokongan rodong2.

endiem said...

yassin..
terima kasih..

endiem said...

Pak hashim..
koi pun ada senaskah je.. nantilah koi dayakan juga untuk aok te.

endiem said...

Cik Ina.
khabar baik ... terma kasih

endiem said...

mie..
harap harap ia akan mengantikan interlok esok lusa.

terokai seni said...

waaa dah stat terbit ni, cetak dah jual sendiri pon takpe insyaallah ada peminatnya ter

Cik SHiNJU said...

As salam...

Nt dah ade penerbit dan dah diterbitkan buku kompilasi 100 n3 nih bgtau la yek..kena simpan buat koleksi nih..

endiem said...

cemomoi..
kena cari penerbit dan pencetak.

endiem said...

cik shinju..
nantilah koi mintak dato, nan lancarkan...he he

Anonymous said...

Kalau dah ready untuk diterbitkam besok, jangan lupa kak ani yer.

Nizam Awang Brahim said...

Bagus idea ter rodong...