Followers

Tuesday, June 28, 2011

Taman Gelora


Orang Kuantan tahu sangat di mana Taman Gelora. Walaupun ia tak se glamer TC, Taman Gelora juga ramai peminatnya yang tersendiri. Letaknya taklah jauh sangat dari bandar Kuantan, bak kata orang tak habis sebatang rokok pun jika dari Komplek Teruntum. Itu pun kalau tak cucuh api. Untuk kesana kita kena ambik jalan menghala ke TC, bila tiba dekat Annex resthouse masuk simpang kanan dan jalan terus , kemudian nampaklah tanda Taman Gelora.

Taman Gelora merupakan satu tempat rekriasi yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan untuk kemudahan warga Kuantan berekriasi serta ambik angin. Di sini tersedia banyak kemudahan , seperti laluan jogging, laluan pijak batu tajam, kolam buatan , kolam teratai, , kemudahan mainan kanak kanak seperti buaian, papan gelongsor dan jongkang jongkit serta peralatan senaman orang tua tua.

Setiap pagi sabtu dan Ahad, Taman Gelora menerima banyak kunjungan orang orang Kuantan yang mementingkan kesihatan. Gelap gelap subuh sekitar pukul 5.00 pagi dah ada orang datang untuk berjogging disini. Dari sekecik kecik budak sedang berjalan jatuh hinggalah orang tua yang berpapah datang untuk berjogging atau berjalan di laluan jogging disini. Mereka datang dari ceruk rantau sekitar kuantan, dari Bukit Sekilau, Taman TAS, Inderamahkota, Cenderawasih dan Taman Selamat.

Ada juga kumpulan yang menjalankan aktiviti senamrobik disini. Ada juga kumpulan yang datang untuk sukaneka dan hari keluarga dan ada juga yang datang mengutip rumput herba untuk direbus dijadikan ubat minum.

4 comments:

Anonymous said...

yep.. memang keh selalu datang tamen gelore ni weh.. jogging hujung minggu.. ramai jugok pengantin buat outdoor shooting kat sini..

Cik SHiNJU said...

suka g makan kat sini...
tenang sket dr TC..
lgpun dekat ngn masjid..

Hashim Zabidi said...

Tapak Masjid Tmn Gelora tu dulu tak silap saya ada kediaman buat Hakim Besar Kuantan. Rumah itu kemudiannya terbakar.

Anonymous said...

Assalamualaikum Endiem,

Akak rasa akak tak pernah ke tempat ni.

Nanti bila ke Kuantan nak pegilah ke Taman Gelora. Canti teratainya.