Followers

Wednesday, June 2, 2010

Rahsia Tali Ukur.


Pernah tak tengok tali ukur ?.

Ya... tali ukur atau pita pengukur atau juga lebih dikenali oleh orang belah Pekan sebagai tali tit. Tali yang digunakan oleh orang rumah untuk mengukur kain langsir, mengukur kain nak buat baju raya dan kadang kala mengukur pinggang seluar untuk diubah suai kerana perut dah semakin boroi.

Tali tit ini boleh didapati dari kedai kedai kain atau pasaraya seperti Mydin dengan harga sekitar RM 0.80 hingga RM 1.50 sahaja. Tali pengukur kain yang standard panjang nya 5 kaki atau 60 inci. Biasanya tali ukur ini di lebihkan sikit sekitar 3 inci dan menjadikan keseluruhan tali tersebut 63 inci.

Mungkin secara kebetulan sahaja persamaan tali ukur dengan umur Rasullalah. Umur Nabi Mohamad SAW adalah 63 tahun. Nabi nabi Allah yang lain umurnya panjang panjang. Nabi Adam 930 tahun, Nabi Nuh 1,000 tahun dan Nabi Ibrahim 195 tahun. Rasullallah SAW pernah bersabda bemaksud : " Umur umat ku adalah antara 60 hingga 70 tahun".

Kalau digunting tali pengukur tu di umur kita sekarang... agak agak berapakah baki yang tinggal?

13 comments:

Nerzhul said...

koi tinggal 34 inci je la.hehe

Fadh Rahman said...

koi tinggal 30 inci je lagi...

terokai seni said...

besa org kampung panggil tali tep (ikut sebutan omputih tu)

kalu potong ter koi ande kurang sikit separuh ter cuma takut tak sebanyok itu je le

alam said...

...boleh buat hadiah hari lahir tali tit ni kan...

hai said...

emmm..koi dah lebih pada separuh tali tep tu...molek sgt la kita saling ingat mengingati!!

Hairun Azmi said...

Koi kena sambung 2 tali tit baru boleh mengukor...

endiem said...

salam rodong rodong.
ini panduan saja untuk mengingatkan kita... entah panjang entah pendik dari pada itu hanya Dia saja yang tahu.

Hashim Zabidi said...

Jangan tersalah ukur. Tak tegang, kendur...

Aku Anak Pahang said...

Kalau kawan potong tali tit ter dgn umo tak byk dah yang tinggal entoh beberapa inci aje dah... semoga kita sama2 dpt muhasabah diri dgn beberpa inci kehihupan yg masih tertinggal itu..

Kawan insaf sangat.

zulkbo said...

SALAM..
semakin hari..semakin dekat kita dengan mati..tapi inagtkah kita?
asyik dunia-dunia..nauzubillah..
terima kasih mengingati perkara yang kita mudah lupa..

Relevan said...

Arh sudah..kawan tak sampai 10 inci lagi yang tinggal..Uwaaa~~

Nizam Awang Brahim said...

Kite banyok mengire berape banyok umur kite.Cer uboh jadikan berape banyok umor kite yang tinggal...

AuntieYan said...

Salam En. Endiem'

Auntie baru saja beli tali tit yang baru, hak lama tah mana hilangnya.Bukan le nak ngukur kain nak buat langsir atau nak jahit sampul bantal.....cuma...errr..nak ngukur pinggang yang dah semakin melebar. Kalau tak silap le.....dah bertambah hampir 5 inci kiri, kanan...haru sungguh!!!