Followers

Wednesday, October 20, 2010

Ingatan 20.10.2010

Bagi aku tarikh 20.10.2010 tidak membawa apa apa makna pun. Yang aku tahu hari ini juga seperti hari hari yang lepas. Tiada specialnya.

Sebagaimana biasa , pagi itu aku akan ke sekolah. Tetapi sebelum pergi, aku sempat bergurau dan bermain main dengan Arang, Mi dan Do. Bagi aku kehadiran Do, Re dan Mi menceriakan keluarga kami. Ditambah pula dengan kelahiran anak Do, iaitu Arang dan kembarnya Kicap yang sedang menakal itu membuatkan aku sentiasa liat untuk pergi kesekolah atau ke mengaji dimasjid.

Pagi itu juga, ayah bangun awal dari
sekala. Ayah akan ke gerai belakang, membeli sarapan pagi untuk aku bawa bekal ke sekolah. Ayah juga tidak lupa memberi makan Do, Mi dan Arang. Kadang kadang aku jeles jugak, makanan mereka lebih mahal dari duit belanja aku ke sekolah. Kembar Arang, Kicap telah dua hari tak balik rumah. Agaknya terjun longkang atau sesat. Puas juga aku dan kawan kawan seperti Nazim, Fikri dan Fathi mencarinya sekitar taman perumahan kami. Aku amat bimbang , sekarang ini banyak kejadian bunuh, colek, rompak dan rogol di sekitar bandar Kuantan. Mintak simpanglah , janganlah terjadi apa apa pada Kicap.

Begitu juga dengan Re. Sejak semalam tak nampak muka. Tapi aku tak risau sangat, Re dah besar, Dah pernah hilang sekali , tapi balik semula ke rumah.

Ketika ayah mengundurkan kereta untuk menghantar aku ke sekolah, tiba tiba terdengar bunyi jeritan kesakitan. Ayah terus memberhentikan kereta. Emak pula meluru kearah belakang kereta. Aku panik. Apa?. Mengapa?. Emak terus memangku Arang serta menggosok gosok kaki Arang. Emak berjanji akan membawa Arang ke Klinik untuk rawatan segera.

Di sekolah aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada cik gu yang mengajar. Mengapa lambat sangat loceng berbunyi. Ketika ayah datang menjemput ku pada pukul 1.20 , aku terus bertanya ayah mengenai keadaan Arang. Ayah senyap seketika. Kali kedua aku bertanya, perlahan sahaja ayah menjawab " Tiada harapan".

Aku pandang ayah semacam saja. Rasa macam tak nak tegor ayah dua jam. Tiba dirumah ayah terus ajak aku kebelakang dimana di semadikan bangkai Arang. Ayah berjanji , petang nanti pergi ke KFC. Aku mengikut saja.

16 comments:

Cik SHiNJU said...

Salam...

huhuhu...saspen jek..
kuceng upenyer.. :)

relevan said...

Salam weh..

koi simpati juga dengan permergian Arang..sabar2..cari pengganti..

Cikgu Jang .. said...

dah ditakdirkan gitu ...gonekan...

maiyah said...

kucing gamaknya.. :)

cemomoi said...

takpe mati eksiden, mati syahid

Hashim Zabidi said...

arang dan kicap memang nakal suka main kejor-kejor kat tayar. Sian arang mat muda.

qaseh mas said...

salam
Arang mesti istimewa kans...entry ini mengingatkan saya pada kejadian anak saya menangis bersungguh masa lihat kucing dilanggar kereta di depan rumah kami

endiem said...

Cik shinju..
nasib malang anak kuceing ..

endiem said...

Relevan..
kome menunggu Do beranak lagi..

endiem said...

Cik gu jang ..
takdir pada tanggal 20.10

endiem said...

maiyah..
memang anak kucing .. kome .

endiem said...

cemomoi..
sedih jugak weh.. walaupun anak kucing.. mati eksiden pulak.

endiem said...

pak hashim..
Mmg pagi tu , koi dah hati hati.. tapi terkena jugak.

endiem said...

qaseh mas.
memeng anak koi menangis sakan hari itu.

sahromnasrudin said...

salam ziarah..kunjungan pertama ke blog ini..semoga tuan blog dirahmati Allah SWT dan sihat selalu hendaknya

endiem said...

sahromnasrudin.
terima kasih atas sokongan..