Orang Pahang panggil benda ini " Sinyor" ( sebutan kena betul ) atau dalam bahasa bakunya " mangkuk tingkat" . Sinyor atau mangkuk tingkat ini telah lama wujud dalam masyarakat kita sejak zaman berzaman dan ianya masih relevan sehingga saat ini.
Fungsinya hanya satu , iaitu untuk mengisi makanan, namun penggunaannya begitu meluas. Dulu dulu orang mengisi makanan dalam " sinyor" untuk bawak bekal ke paya, menjala ikan dan menoreh getah di estet estet. Ada juga rodong rodong yang bawak sinyor ke pejabat bila hujung hujung bulan. Selain dari membawa bekal , "sinyor" juga kadangkala digunakan untuk membawa makanan bila menziarah sedara mara , terutamanya yang terlantar di wad hospital. Pada hari raya dan bulan puasa mangkuk tingkat memain peranan penting mengiratkan silatulrahim.
Bagi orang bujang dan budak budak IPTA yang duduk diluar asrama, mangkuk tingkat merupakan satu dari alternatif untuk menjimatkan duit PTPTN. Kadang kadang satu mangkuk tingkat boleh kongsi hingga empat lima orang.
Terdapat berbagai saiz sinyor. Ada yang kecik , sedang dan ada yang besar. Biasanya ia terdiri dari empat bahagian. Bahagian bawah untuk mengisi nasi, bahagian atas atau no 2, boleh isi dengan kari ikan, bahagian atas lagi boleh isi sayur kangkung dan bahagian atas sekali bolehlah isi dengan ulam petai, jering dan sambal belacan atau tempoyak. Namun begitu susunan dan bahan yang hendak di isi terpulanglah kepada tukang masak dirumah.
Untuk masa depan dicadangkan supaya " sinyor" di gunakan oleh pengusaha katering bagi kenduri kendara , seperti kenduri kahwin. Satu sinyor boleh untuk 4 orang jemputan sehidang. Bolehlah isikan gulai kawah, opor, umbut dan acar.
16 comments:
Sinyor kena sebut kuar ikut hidung sikit baru kuar dgn ideramnya. Penting weh bender nie mudah bawak bekalan kulu kilir :)
Sinyor?..bunyi macam Shin Ju jer..
salam..
siiiyaaaa..kut bunyinya
he he..
Salam En Endiem,
Auntie lebih setuju dengan ejaan En.Zulkbo tu...
Bukan orang Pahang saja sebut siiyaa...orang Perak pun subut siiyaa juga, cuma mungkin bunyi sebutan ada sikit berbeza.
Tak dinafikan ianya masih lagi relevant. Tapi ramai yang dah guna tupperware mau pun tipu ware untuk bekalan dan seumpamanya.
Sekian adanya. :-)
Yasin ..
kalau nampak orang bawak benda ini sedak sikit hati. hehe
relevan..
shin ju rodong blogger,
zulkbo..
betul juga ... banyak juga negeri menggunakan perkataan ini. cuma sebutan je beza..
Auntie yan..
bawak bekal air tak boleh isi dalam sinyor ni. kena isi dalam flask atau tupperware juga.
siya orang melaka baba nyonya kot nyebut gitu... koi kalu marah sebug mangkuk tingkat juga selain mangkuk hayun
bawok bekal gi menjaring ikan...besh tu rodong...
Ah sudoh...
x sama lalu koi ngn sinyor ter..huhuh :P
Kala kat beloh2 Pekan..sinyor nih org
guna bagi ke rombongan beloh llaki mase kenduri kawen..semer lauk letok dlm sinyor buat bekal dorg balik..Sinyor ter kira burn la.. ( sayang btl! )
cemomoi..
entahlah sebutan yg mana betul.. sejak dari kecik dah sebut begitu.
cik gu jang.
kalau bawak gi menjaring tak pe lagi.. tapi kalau bawak gi memancing .. silap silap buat isi umpan cacing dalamnya ..nyanya pulak.
cik shin ju.
bila balik dari rombongan, bekal dah habis boleh isi benda lain pulak..buah tangan.limau ke , appel ke.
masa koi kecek dulu bawok sinyor naik basikal. Sebelah tangan pegang hendel sebelah lagi cebek sinyor / sinyaa. Tetiba terlanggor ke batu kecek lalu hendel terpeleot 'pung' jatuh. sinyor terpelanting, nasi minyak betaburan, kurma, gulai kawoh berserak.
Lutut koi berdaroh. Kejap pas tu anjing pun menderu datang. Koi pun lari lintang pukang. Sinyor entah kemana basikal entah ke mana. Balik ke rumoh kena maroh pulok. Aduhai! Aok jangan sebut lagi pasal sinyor ni yek!
pak hashim..
sedak cerita aok..
Post a Comment