Apa pulak berbungkus dalam daun keladi.
Pagi tadi pergi ke Pasar Tani Kuantan. Nampaklah ada benda berbungkus dalam daun keladi te.
Rasa-rasa sedap kalau suruh orang rumah masak tengahhari ini. Tapi hari ini banyak sangat jemputan kenduri kahwin, jadi tangguhkanlah menu ni ke minggu depan.
Dalam daun keladi te ada sulur keladi . Keladi tersebut bukan sebarang keladi. Kalau salah keladi tak tahulah apa nak jadi. Keladi yang digunakan untuk membuat masakan ini adalah keladi kemahang. Konon kononnya keladi kemahang berasal dari kampung Kemahang, Kuala Lipis. Tentu di kampong Kemahang banyak keladi seperti ini.
Sulur keladi ini boleh dimasak asam .. sedap . Tapi kalau campur dengan tempoyak pun lagi sedap dan pekat sikit.
Masakan ini bukanlah satu perkara asing bagi orang Lepih, Raub dan Bentong.
Sulur keladi ini boleh dimasak asam .. sedap . Tapi kalau campur dengan tempoyak pun lagi sedap dan pekat sikit.
Masakan ini bukanlah satu perkara asing bagi orang Lepih, Raub dan Bentong.
32 comments:
rasanya sama ke dengan keladi yang batang keladi yang biasa tu?
mmg sedap.. bab tempoyak tu yg x thn..
Org jerantut jgn dilupa weh..kawan x pasti keladi di tmpat lain gatal ker tidak kalau di jerantut ini pun ada tmptnya sahaja yang boleh buat gulai asam tempoyak keladi. mmg best.
salam..
nampak sedakk ni weh
belum masok lagi..kalau
dah masak lagi YUMMIEEE..
he he he..
Alaaa..saper nok masok ontok kawan nih...
koi suka ngat makan keladi, ketnya tak tau ke jenihnya
err, keladi hok warna jingga tu ke
a kl citizen.
Tak sama kot.. kena tanya Lipis lady.
Maiyah..
kalau campur tempoyak .. lagi sedap.. mak mertua lalu belakang pun tak sedar.
tak kene gaye tak tahan gatal tekok makan keladi kemahang ni.
Yassin..
Nak masak keladi kemahang ni pun kena pakai petua jugak, kalau tidak gatal. Aok tak kan tak tahu..
Zulkbo..
Poh paleh aok, sedak hingga menjilat siku.
Keladi boleh menjadi Gatal..jika orang yang memakannya terserlah kegatalannya..
Salam En. Endiem,
Saya suka jugak dengan sayur keladi ni. Yang saya tahu, kalau namanya kemahang, dia agak kehitaman sikit, keladi biasa tu kehijauan lembut.
Kemahang ni saya tak pernahlah pulak masak. kalau keladi biasa tu dimasuk asam rebus untuk Cik Din nya. Saya pulak lebih suka buat masak lemak cili padi....sedappppp!
Salam endiem,
Yang dibungkus tu ubi keladi atau batang keladi?
Di Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu ada dijual ubi keladi rebus, rayanya dijual pada hari Sabtu saja. Selalunya ubi ni dibeli dan dibuat pengat keladi.
Kak ani pula suka makan masakan batang keladi ni, cuma akak alah sikit. Orang lain yang makan dari masakan yang sama tak gatal sedangkan akak akan rasa gatal sehingga mencekik leher, Minum air panas baru hilang.
Tapi nasib baiknya makan isinya tak gatal pulak. Itulah kasihnya Allah, dapat juga kita rasa sebahagian keladi tu walaupun tak semua.
salam rodong...paling minat, gulai keladi masak asam....bapok le bes nyer weh...
Sha..
carik cariklah mak angkat yg pandai masak.
cemomoi..
Ni keladi kemahang, banyak tumbuh dalam paya.
Nerzhul..
gatal tekak tak pe lagi.
relevan..
Petua dia bila masak jangan garu garu, barulah tak gatal.
Auntie yan
salam .. koi (saya) pun tak pandai masak.. makan bolehlah.
Kak ani..
yang dalam bungkus tu sulur atau pucuk keladi. Yang itulah dibuat sayur keladi. Daun keladi tu hanya sebagai bungkusannya saja..Orang orang belah Lepih, Raub Bentong dan Jerantut pandai masak.
Cik gu jang ..
kalau lawan dengan ikan lampam goreng, baru sedak.
sedapnya teringat masak keladi asam pedas masa kat kampung saya dulu.tapi kalau keladi yang macam saudara endiem terangkan saya tak pasti ada tak kat kampung saya.
salam rodong,
lamanya koi xdan jenguk aok!
mintok2nyer sihat dan ceria sokmo.
keladi kemahang tu lah makanan koi kecik2 dulu. skang ni jrg2 la sikit....
salam,
tak pernah lagi makan spesies keladi kemahang ni hehe
Saya nih ha orang Budu Benta Lepih, dah tak makan keladi "NO Class" lah makan keladi.
Umumnya keladi itu gatal. Sesiapa makan gulai keladi kalu tak rasa gatal, bukan keladi namanya.
salam..
keladi kemahang ni kat Kg Sega rm4 seikat...
mehel..kat kontan te brp regenye endiem?
Assalamualaikum,
Cantiklah pulok bungkusan daun keladi tu, telior pulok rasanya nok makan gulai tempoyok keladi...
Hari ini hari khamis..
hari esok hari jumaat..
hari ini kenangan manis..
hari esok membawa berkat.
Salam...
koi x penoh mkn keladi...
ntoh goner la rasanye yek...
p/s - sila amik award kat blog koi...
saya orang kampung kemahang.rumah kat tebing asah.klu nak ikut mmg keladi nie tak gatal langsung pun.ia bergantung pada air kat tempat keladi tu.klu taknak gatal makan la lambuk.comfirm tak gatal..
Ye betul..Bukan takat air tempat tu je, empulur tu kena tengok juga amik kt perdu yg mane?perdu berbuah ke tidak..pastu..kalu gatal sesikit tu adatlah makan keladi..Kalu x tahan bubuhla menda lain neutralkan getah (racun gatal)dia...mcm letak pinang ke..etc
Post a Comment