Followers

Friday, October 8, 2010

Papan tanda -jalan raya

Pengguna jalan raya sepatutnya tahu membaca tanda isyarat yang ada di sepanjang jalan raya , seperti simpang tiga, dilarang masuk , dilarang membunyikan hon dan sebagainya. Tanda tanda isyarat tersebut telah diajar semasa mengambil lesen memandu L dahulu. Pihak yang bertanggungjawab seperti JKR telah meletakkan tanda tanda isyarat tersebut di tempat tempat yang perlu bagi mengelakkan sesak atau berlaku eksiden .

( gambar 1)

Bagaimanapun ada juga papan tanda jalan raya yang di tulis dan boleh dibaca serta difahami oleh pengguna pengguna jalan raya. Kadang kadang budak sekolah Tadika pun boleh faham arahan arahan yang diberi pada papan tanda tersebut. Sebagai contoh papan tanda seperti gambar 1 diatas. "IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG" membawa maksud supaya kita hendaklah sentiasa memandu di line sebelah kiri kecuali jika tidak hendak memintas kereta lain, bolehlah memandu disebelah kanan. Perkataan MEMOTONG pada papan tanda tersebut bukan bermaksud menoreh getah .

(gambar 2)

Gambar ke dua ini, papan tanda nya berbunyi " KALAU PERLAHAN TOLONGLAH KE KIRI". Ianya juga membawa maksud yang lebih kurang sama seperti gambar diatas. Orang orang yang membawa kereta selor atau perlahan seperti makan angin, bersantai serta mencari lembu hilang diminta memandu disebelah kiri. Cuma perkataan TOLONGLAH itu seolah olah merayu kepada orang yang memandu perlahan.


(gambar 3)

Berlainan pula dengan papan tanda pada gambar 3 ini. " TAK RASA BERSALAH KE...POTONG Q". Potong Q merupakan satu kesalahan lalulintas. Dari segi moralnya orang orang yang potong Q adalah orang yang tidak berdisplin , mementingkan diri dan tak makan saman. Jadi sesuai sangatlah papan tanda ini di letakkan ditempat tempat tertentu.


Mungkin di masa hadapan kalau masih ada berlaku kejadian seperti ini akan ada pulak satu papan tanda yang di tulis lebih kurang begini " MINTAK MINTAK EKSIDENLAH ORANG YG POTONG Q" atau @###$$@ (maki) ORANG YG. POTONG Q"

Tapi jangan lah sampai ketahap macam tu.

18 comments:

zulkbo said...

salam..
molek juga ada signbord
cenggitu yak?senang faham

Nizam Awang Brahim said...

Bile JPJ nok buat gitu yek...

Aku Anak Pahang said...

Kut dema tah paham dgn gambor2 tu jadi buat ayat lagi mudah nok paham kut.. ayat pun kena tulis ayat stmpt lagi bagus..."ikut kiri jika tak konar ke kanan" hehehe...

Cik SHiNJU said...

skang ni boleh amik gambor keta yg melakukan kesalahan jlnraya then mms ke jpj @ polis trafik..hehehe...

Relevan said...

Potong Q juga istilah untuk yang bermain Snooker..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

rasa cadangan last tu saya boleh bawak berbincang...
jangan marah musim f1 nei

Anonymous said...

Salam Endiem,

Kalau balik ke Terengganu selalu nampak papan tanda yang bertulis "AWAS AIR MELINTAS JALAN".

Kita faham maksudnya tapi rasanya perkataan melintas tu tak berapa kena.

endiem said...

zul..
kadang kadang ada yang buat tak faham.

endiem said...

JD..
las las kalau tak faham lagi JPJ buat gitulah kot.

endiem said...

yassin..
betul kena bagi biar faham betul..kadang kala kena bahasa sindir.

endiem said...

cik shinju..
kalau polis ada bagi saguhati bolehlah, tapi separuh tempat kritikal ada cctv.

endiem said...

relevan..
jom main snooker.

endiem said...

brutalsolo.
musim F1 tak aci lah.

endiem said...

kunang kunang.
kadang kala ada juga tanda " Lembu di larang melintas" . Agak agaknya lembu tu boleh membaca.

Hanisham Ab Halim said...

Koi mmg anti dgn org potong Q. Celaka!!!

hai said...

kat malaysia ni membazir je pasang singboard....sebab diorg x dan nak baca..main redah je janji cepat sampai....nasib la sampai mana dulu!!

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, endiem,

Rasa2nya dah sampai masanya meletok papan tanda yang macam kat bawah sekali tu, sebab orang2 kita nih ramai yang kurang faham dengan maksud ketiga-tiga papan tanda yang diatas tu..amacam..

Anonymous said...

ada se lagi sainbod yg oak tok buboh neh.. sainbod hok yg kate jange buang sampoh keluar dari kereta teh.. ada letok ket simpang 4 teluk sisek ke TC/TL. apa2pun, kedesaran pemandu jugaklah yang pentingnya.