Followers

Saturday, October 23, 2010

Pusat Pengembangan Akualkultur - Perlok

Di Jerantut terdapat sebuah pusat pengeluaran benih ikan air tawar yang di uruskan oleh Jabatan Perikanan. Tempat ini terletak di Kampung Perlok, kira 38 km dari bandar Jerantut dan dinamakan Pusat Pengembangan Akuakultur, Perlok. Untuk kemari , kalau dari bandar Jerantut, taklah payah sangat. Kita boleh mengambil jalan menghala ke Benta dan bila sampai saja di Pekan Damak bolehlah masuk simpang kiri ke Hulu Cheka. Hulu Cheka adalah kampung arwah Pawang Nong. Terus saja kedepan jangan konar kiri kanan, kita akan berjumpa Kampung Perlok. Di sinilah terletaknya pusat tersebut.

Kita juga boleh masuk dari Kuala Krau melintas jalan keretapi ke Kg. Paya Luas. Kita akan bertemu beberapa kg. Orang Asli seperti Penderas dan terus melalui celah celah bukit untuk tiba kesini. Baru baru ini koi berkesempatan bersama sama rombongan orang kampung koi melawat aktiviti di Pusat Pengembangan Akualkultur Perlok ini.

Pah paleh weh, banyaknya ikan , kasar kasar pulak, Ada ikan kelah, ikan kerai, tengalan , keli, patin, lampam dan banyak lagi lah. Geram rasanya. Kalaulah Cik gu jang atau Echam yang kaki ikan datang tentu seronok. Sempat juga koi mendengar taklimat dan menengok demonstrasi pembenihan ikan yang dibuat oleh dema te.
Resipi pembenihan ikan tersebut adalah lebih kurang begini:-
Gambar diatas adalah induk ikan jantan dan betina yang dipelihara didalam kolah khas disini. Gambar tak berapa terang sebab melalui dalam air.
Jika hendak membuat pembenihan ikan tersebut tangkap saja ikan yg. ada dalam kolah tersebut menggunakan jaring. Tangkap yang jantan dan juga yg betina.
Kemudian keluarkan telur dari ikan betina dengan cara memicit bahagian perut. Jangan picit kuat kuat-kuat nanti mati pulak ikan itu. dan perlu dilakukan dengan cepat supaya ikan tidak mati atas darat.
Bila dah kumpulkan telur ikan betina dalam besen aluminium, ambik pulak ikan jantan dan urut urut untuk keluarkan sperma dan terus dicampur dengan telur ikan betina tadi. Kerja ini juga perlu dilakukan dengan pantas.
Kemudian gaul dan kacau supaya rata. Jangan campur bahan bahan perasa lain seperti garam, gula atau aji no moto. Gunakan bulu ayam jantan berkokok petang hari untuk mengacau telur dan sperma itu supaya sebati. Lakukan kerja ini dalam tempoh 1 minit sahaja.
Jangan terus masuk kedalam kuali dulu , tapi bahan bahan yg. dicampur tadi bolehlah dimasuk dalam takungan yang disediakan. Anak anak ikan akan menetas dalam tempoh 72 jam.
Anak anak ikan yang telah menetas akan dipelihara dan dijual kepada pengusaha pengusaha kolam ikan.
Sekian selamat mencuba.

17 comments:

Cik SHiNJU said...

Salam...

Lama dh x ke jerantet..
Bestnye dpt tgk live kat pusat akuakultur tu yek...

Hashim Zabidi said...

Kg.Perlok,Hulu Cheka, Damak, Jerantut, Pahang Darul Makmur, tempat memproses anak ikan, letaknya di hulu tidak di kuala.

Aku Anak Pahang said...

Inilah kehebatan Jerantut ada juga perkara tersembunyi yang terserlah pun ada Pusat serenti :)

Relevan said...

aok lalu kampung kawan ye endiem..harang nak ngabor ke kawan.. :(

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,

Pernoh pegi kg perlok masa ayah sedara dok sana dulu, sambil2 ziarah arwah aki pawang nong..

Gone gaya kg perlok sekarang ni yee, maju dah agoknya, lama keh tak kesana...

piewahid said...

t kasih weh bkongsi info psl pbenihan anok ikan di perlok. kala dok langsung xtau...

p/s- damak yg penuh kenangan

terokai seni said...

koi pnah layari intenet, nok apply ketnya kena 2 bulan seblom... payoh laaa

err gone nok kenei jantan betina ter

endiem said...

cik shinju..
jerantut dah pesat membangun.

endiem said...

Pak hashim..
betul, ada satu lagi kot dibukit tinggi btg.

endiem said...

yasin..
pusat ini jauh dari jerantut. tapi napa pusat serenti buat dekat dgn bandar.

endiem said...

relevan..
koi minta tapik, anak cucu nak lalu. Koi pun ikut orang.

endiem said...

Lipislady..
koi pun tak tahu. Itulah kali pertama koi kesana.

endiem said...

piewahid..
Ingat ingat damak selalu.

endiem said...

cemomoi.
Kalau ikut petua p.ramlee. yang jantan selalu mengejar atau dibelakang yg. betina.

It's me, Libra said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum. saya nak tanya, dekat PPA Perlok ni ada buat perkhidmatan untuk praktikal tak ?

Fadli said...

assalamualaikum Admin. mohon padam lokasi PPA Perlok dalam Google Maps. Lokasi yang anda masukkan dalam Google Maps salah dan terlalu jauh daripada lokasi sebenar PPA Perlok. Menyusahkan orang ramai yang menggunakan Google Maps kerana tersesat ke Bandar Jerantut padahal PPA Perlok terletak di Kampung Perlok, Ulu Cheka, Damak. Mohon Admin bertanggungjawab... kesian peserta kursus yang belum pernah ke PPA Perlok, tersesat dan terlewat sampai.sekian.