Pernah tak kita berjumpa barang ini ?. Satu ketika dulu barang ini amat popular dikalangan budak budak yang bercita cita tinggi. Ia digunakan pada waktu maghrib hingga lewat malam.
Nama: Lampu cempeni.
Nama Saintifik: Tidak diketahui.
Fungsi: Seperti juga pelita catuk, lampu cempeni digunakan untuk menerangkan ruang rumah pada waktu malam malam khasnya pada budak budak yang nak ambik periksa untuk studi hingga lewat malam.
Komponen: Lampu cempeni ini lebih cangih berbanding dengan pelita catuk , kerana ianya dilengkapi dengan ciri ciri keselamatan kepada penggunanya. Komponennya terdiri dari tangki minyak yang diperbuat dari kaca , sumbu dari kain, alat laras kecik besar nyalaan api bagi tujuan cerah dan malap. Penutup keselamatan atau cempeni yg berfungsi menghadang tiupan angin supaya api tidak padam tiba tiba. Penyangkut yang akan disangkut pada paku didinding rumah serta piring yang ada gambar amoi bagi tujuan mengelap pada bahagian bahagian tertentu.
Bahan Bakar: Ia dihidupkan menggunakan minyak gas.
Bagaimana menggunakannya: Untuk menggunakan lampu cempeni ini, taklah susah sangat. Mula mula pastikan tangkinya ada minyak. Untuk tujuan ini, kita boleh intai sahaja tangkinya kerana ia boleh dilihat tanpa membukak tudung tangki. Jika tak ada minyak , dinasihatkan supaya menuang minyak kedalam tangki ini. Tapi hati hati jangan dibubuh mengumbu kerana ia akan merbahayakan pengguna. Kemudian buka cempeninya dan cucuh api pada sumbunya. Setelah api menyala tutup semula dengan cempeni tadi. Laraskan nyalaan lampu ini mengikut kesesuaian cerahnya. Lampu ini bolehlah disangkut pada paku yang disediakan di dinding rumah.
Untuk menghentikan nya lagi mudah. Tiup atau hembuskan sahaja pada hujung cempeninya sehingga nyalaan api tadi padam.
Nota: Cempeni perlu dibersihkan setiap hari menggunakan kain coton yang kering. Semasa mencuci perlu berhati hati supaya ianya tidak jatuh atau terlucut dari tangan. Kalau terhempas besar kemungkinan cempeni tersebut akan pecah dan kita akan dimarah oleh emak.
Ada gambar amoi pada piring yang dilekat pada pemidang penyangkut. ( Dalam gambar diatas tidak nampak kerana piring tersebut telah karat dan tak ada sparepart untuk diganti.) Gambar amoi ini boleh menjadi inspirasi dan motivasi kepada pengguna lampu ini apabila mengantuk dan hilang idea semasa mentelaah pelajaran.
20 comments:
Salam..
pelita jenih ni kat umoh koi ade lg..
Ade dua jek dah tggal..tapi lain sket la cempeninya..
Piring yang ada gambo amoi te untuk melindungi drp ditiup angin semasa nak mencucuhnya sumbunya :)kawan dulu ada juga keknya cempeni abis pecoh:(
Lampu cempeni puin dah pupus doh kat umoh koi,,,
Cas bateri dengan berjalan kaki
Lupe nok tanye..lampu lanting tau dak? Kala ade cer up gambo sket..
porcelain
wah
antik ekk nih?
P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan
cik shinju..
Skrang ni ada yang plastik, cuma Cempeni panjang mcm ni dah susah jumpa..
yassin..
spare part memang payah.
mie..
mungkin ada lagi kat kampung2.
Cik shinju..
tahu.. nantilah akan diusahakan.
tuyuk..
porcelain ye?
hans..
yak..
Teringat zaman sekolah dulu.......
tak tau pulok koi namanya gitu, dulu suuka main bako lidi penyapu sambil goyang-goyang tengok baranya time dok keliling pelita ramai-ramai
ops pelita tak padam lagik
salam...bersua kembali
rodong koi guna pelite nilah bagi jelagakan lampu singnal motor bagi gelap...
Pak man..
pak man sempat dgn lampu macam ni kot.
cemomoi..
dalam ramai ramai tu ada yang kuat pedajal.. tiup , padam... bergelaplah.
cik gu jang..salam..
kalau malam jangan cuba suluh tengok minyak dalam tangki moto guna pelita ini..hehhe..
panggil pelita ayam ajer...masa lahir kat rumah dah ade letrik..jadik abah gantung dalam reban ayam jer...buat pemanas badan ayam malam2
Post a Comment