Mengumpul serta menyimpan barang barang lama atau barang barang antik, merupakan satu hobi yang diminati ramai. Ramai rodong rodong yang sanggup berabeh kerana melayan hobi seumpama ini, malahan mereka sanggup pergi keceruk rantau mencari barang antik dan barang lama untuk dijadikan koleksi mereka. Rumah rumah mereka pun dah jadi macam muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, macam macam ada.
Hobi mengumpul barang lama merupakan satu dari hobi yang bagus, kerana kalau sesak sesak kita boleh jual atau gadai barang barang yang ada dengan harga yang baik. Di beberapa bandar di negara kita telah ada pasar atau pekan sari yang khas menjual barang barang lama ini. Seperti di Ipoh, pekan sari barang barang lama dibuka pada setiap pagi Ahad dari 7.00 pagi hingga 1.00 tengahhari.
Ada juga peminat peminat barang lama ini menyediakan blog blog khusus untuk hobi sebegini. Ada bermacam macam benda yang dikumpulkan dan ditunjukan dalam blog mereka seperti botol , duit, basikal , perkakas letrik, radio, acu putu kacang dan pinggan mangkuk.
Koi ada juga barang barang lama , nak buang sayang , nak kumpul jadikan hobi pun taklah juga.
Untuk entri ini , inilah barangnya:-
Nama: Pelita
Nama saintifik: Pelita Catuk
Fungsi: Menerangi rumah pada belah malam jika tiada bekalan letrik, atau terputus bekalan letrik samada disebabkan oleh pihak LLN ataupun terlewat membayar bil. Ada juga yang menggunakan pelita ini di pondok durian pada masa durian mulai gugur.
Komponen: Ia terdiri dari beberapa komponen seperti badan , kaki, tapak dan sumbu. Badan , kaki dan tapak diperbuat dari zing , manakala sumbu di perbuat dari tali guni atau baju singlet yang telah koyak dan tidak digunakan lagi. Badan pelita ini boleh mengisi lebih kurang 200 ml minyak tanah.
Bahan bakar: Minyak tanah atau juga dikenali sebagai minyak gas. Harga minyak gassekarang dah naik. Untuk botol setengah kati harga pasaran sekarang RM 2.50 sen. Pelita ini tidak kuat makan minyak . Untuk semalaman keperluan minyak gasnya lebih kurang 100 ml sahaja.
Bagaimana mengunakannya: Senang saja. Pastikan pelita ini ada minyak. Kalau tak de minyak tuang minyak kedalam tangkinya supaya seperuh penuh. Jangan penuh sangat nanti menyengau pulak . Kemudian ambik pancih api, dan cucuh api pada sumbunya. Sumbunya boleh dilaras laras untuk cerah dan malap mengikut kesesuaian kita.
Harga pasaran: agak agak lebih kurang USD 400 ( Tapi takmoh jual )
15 comments:
Salam...
Mcm pelita umoh arwoh aki koi..
Tapi pas umah ter tinggal gitu jer,abeh brg2 kebas dek org..syg sbb dulu ade pemain piring hitam pastu set pggan mgkuk jaman dulu gak..
salam..
maheinya..??
USD 400..??
nanti koi selongkor
belakang rumah ayoh
koi..macam ande je
jenis nih..
Mende muroh dulu sekarang dah tinggi rege nye.Kala mende dulu rege tinggi sekarang lagi la tinggi gamok nye.
salam:)
nie le lampu saya guna masa belajar dulu..... mengimbau zmn serba kekurangan.... huhuhuhuhu
ha, ha... lawak tul... mahal giller.
Pelita Catuk doh pupus kat rumoh komer...
Tahap kesihatan dan kepantasan berjalan
Cik Shinju..
kadang 2 barang barang lama macam tu di punah saja.
zulkbo..
harga usd 400 .. agak agak je...ha hahaha.. kalau betul tentu dah lama cari dek orang.
Lama juga dah kome tak nampak pelita macam tu..
Jejaka desa..
ada juga benda yang dulu mahal tapi sekarang dah murah.. mcm surat khabar lama..
sha..
koi pun sempat belajar guna pelita te.. bersawang lubang hidung..
abu muaz..
he he he..
Mie..
kat rumah kome ada satu, tapi tak boleh guna kalau sesak sesak..susah cari minyak.
relevan..
mana rumah nak simpan pelita ni, kalau blackout pakai lilin je.
Assalamualaikum saya mencari pelita besi yg berkaki seper ini dan sebagainya.. jika ada wsap ya 01117340312.. Perak
Post a Comment