Followers

Wednesday, January 26, 2011

Minum Pagi di Arab Corner

Ini bukan iklan Nuffnang , bukan juga promosi atau kempen kepenggunaan.

Biasanya kalau kena pergi kerja luar atau out station pagi pagi tak sempat minum dirumah. Lepas subuh dah mula stat kereta. Bini baru gosok gigi, tak sempat nak jerang air lagi....Apatah lagi nak bertanak nasi lemak atau menumis sambal ikan bilis. Jadi kenalah singgah tengah jalan untuk kena teh tarik atau roti canai.

Biasanya orang orang Kuantan yang kena kerja atau mesyuarat luar daerah menghala ke Kuala Lumpur akan singgah di restoran Zaman , dekat batu 9. Kat situ ada nasi lemak , roti canai dan kuih kuih. Kalau tak sempat singgah di situ bawak kehadap lagi. Ada banyak kedai, gerai atau restoran yang boleh singgah untuk minum. Jumpalah dua , tiga buah lagi tempat yang boleh mengalas perut, sebelum konar masuk simpang highway . Itu pun kalau lalu ikut highway. Lalu ikut highway kita akan jumpa R&R Gambang dan R&R Temerloh. Itu pun kalau perut tak berbunyi lagi. Sempatlah ke R&R Temerloh.

Ada satu lagi tempat minum pagi yang menjadi tumpuan rodong rodong yang selalu kerja luar, iaitu di Arab Corner. Arab Corner terletak sebelum sampai pekan Gambang, kira kira 1 km dari simpang masuk ke highway. Dekat jugaklah dengan masjid, menyemberang jalan je..dan jugak dekat dengan bengkel kereta.

Gerai ini di buka mulai jam 6.30 pagi dan macam macam benda makan ada, Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, pulut panggang, nasi minyak, roti canai, kuih gulung, belebat ubi, lepat pisang, karipap pusing dan macam macam lagi kot.

Koi pun taklah dapat maklumat yg banyak sebab nak pergi Bukit Gambang Resort City cepat..

13 comments:

Unknown said...

SALAM,
MAHU JUGAK SINGGAH KE ARAH CORNER TU BILA ADA KESEMPATAN NANTI !

AuntieYan said...

Salam En. Endiem,

Terima kasih atas info tu, kawan selalunya, kalau ke Kuantan tak tahu nak makan kat mana, balik-balik makan kat satu restoren padang kat jalan beso menghala ke spete (hospital- cara orang Pekan menyebutnya)payah-payah sangat, 'pak we' kawan bawak masuk KFC saja.
Sabtu ni kawan nak menghala ke sana, boleh jugak meninjau-ninjau Restoren Arab ni. :-)

Aku Anak Pahang said...

Salam, kawan ingat aok gi minum kat Negeri Arab nun :) insyaallah nnt kawan singgah:)

Anonymous said...

nape panggil Arab corner? ada makanan arab ke?

terokai seni said...

ntoh bila nak ke sana

endiem said...

Luah fikiran..
Makan tengahari pun ada gamaknya..

endiem said...

Antie Yan.
Wsalam.. Arab Coner ni dekat gambang jauh juga dari Kuantan..Tapi kalau kat Kuantan banyak restoran yg bagus. Kalau nak rasa masakan kampung Negeri Pahang, pergi saja kat Restoran Pak Akob Ikan Patin..dekat tepi sungai belakang KWSP lama.

endiem said...

Yassin..
Nama je Arab coner.. tapi jual nasi lemak juga.. tak delah roti arab atau panggang kambing ke..

endiem said...

Finaz..
Sebab tuan dia keturunan arab kot.. hehehe

endiem said...

Cemomoi..
Datanglah sesekali.

CekWa said...

tak pernah lagi singgah sini...msti sedak te

Anonymous said...

Salam Endiem,

Nanti bila balik ke Terengganu dah singgah di rumah adik di Kuantan nak juga cuba singgah di Arab Corner ni

Hashim Zabidi said...

Aku ingat Arab Korner tu ada jual makanan ARAB. Kalau nasi lemak, nasi dagang, roti canai, lepat pisang kat Lipis ni haah! tak termakan...
ha ha ha (ketawalah)