Followers

Monday, May 25, 2009

Dari Mana Weh?


Mudah amat Tok, Aki, Wan dan Nenek Moyang dulu-dulu memberi nama tempat . Ianya dengan mengambilkira beberapa perkara. Diantaranya ialah dengan mengaitkan bentuk muka bumi dikawasan tersebut seperti kuala, bukit, sungai, pulau, paya, tanjung, alur, pematang dan sebagainya. Juga ianya merujuk kepada tumbuhan, tanaman serta hidupan yang ada di tempat itu , seperti keladi, durian, rambutan, rumput, buluh, medang, rusa, ular dan banyak lagi.

Di antara tempat-tempat yang diberi nama menggunakan kaedah ini ialah:-
  • Kuala Medang - di Lepih,
  • Tanjung Medang -di Pekan ( medang adalah nama sejenis tumbuhan hutan)
  • Pulau Tawar - di Jerantut tetapi apabila hilir ke Pekan menjadi manis dan dinamakan Pulau Manis. Lain -lain pulau ialah Pulau Rusa, Pulau Jawa, Pulau Keladi, Pulau Injin dsbnya
  • Paya banyak terdapat di Temerloh seperti Paya Luas, Paya Pulai, Paya Pasir dan lain-lain. Paya Besar, Paya Rambutan dan Paya Bungor di daerah Kuantan
  • Permatang Badak- di Kuantan , Permatang Manggis- di Pekan.
  • Alur Akar, Alur Ara
  • Sungai Karang, Sungai Isap, Sungai Lembing, Sungai Jin ( agaknya tentu banyak jin disitu) dll.
  • Bukit Koman ( Kuman ke ? atau Koman = kodi )
Selalunya nama-nama tempat digambarkan dengan sifat-sifat yang positif seperti :-
  • Gunung Senyum, ( tak delah pulak Gunung Masam),
  • Paya Rajin di Jerantut ( Bukannya Paya Malas),
  • Jalan Tegak di Pekan ( Bukannya Jalan Condong ) ,
  • Gali Lurus tak delah Gali Bengkok pulak
  • Karak Setia ( mana ada Karak Belot, tapi Lurah Belot adalah )
  • Juara di Tioman dan bukannya kalah lengit dan mungkin ada lagi gamaknya.
Ada juga nama tempat diberi dengan merujuk kepada peristiwa yang berlaku dikala itu atau orang yang memberi nama tersebut sahaja yang mengetahuinya. Contoh:-
  • Chenor - Konon nya mengambil sempena nama seorang gadis yang bernama Nor dan digelar Che Nor tinggal disitu. ( ia betul atau tidak tak tahulah koi)
  • Janda Baik - sempena tempat tinggal seorang janda yang sangat baik hati pada masa dulu-dulu.
  • Temerloh - Sempena dengan sifat penduduk disitu yang kuat tidor. ( agaknye lah)
  • Jerantut - sempena nama Jeram dimana seorang tok batin mati tenggelam oleh arus deras.
  • Tioman - Burung tiong peliharaan si Man.
Nama nama tempat sekarang di beri dengan lebih mudah lagi Mungkin merujuk kepada budak budak sekolah tadika. Contoh.
  • Jengka 1, Jengka 2, Jengka 3 dan seterusnya
  • Keratong 1, Keratong 2 hinggalah keratong sepuluh.
  • Selancar 1, Selancar 2 dan bukannya Se Lancar, Dua Lancar, Tiga Lancar.
Untuk sedap lagi kitame telah membuboh nama yang mengambarkan suasana tempat itu.
  • Taman Desa Mesra, Taman Uda Murni, Kota Damansara, Perkampungan Sungai Isap Damai, Sungai Isap Perdana, Sg. Isap jaya, Perkampungan Cenderawasih, Balok Maju dan sebagainya.


5 comments:

hai said...

Ada lagi...Durian Tawar,Durian Tikus (Tloh)Durian Sebatang(Raub).
Terdapat objek2 tajam juga..spt.Lata Jarum,Lubuk Paku,Sg.Lembing...
Agak2nya Permatang Badak dan Kubang Buaya tu dulu byk ke badak dan buayanya?

Mokde said...

gamoknya ada berhala sebesar gantang di Kpg Berhala Gantang, Temerloh

en_me said...

gambo kat atas 'kg new zealand' teww cumer hiasan semata-mata kanns.. ehehe, salamms orang pahang

endiem said...

en_me.. w'salam. Kg. New Zealand pun ada cerita sendiri macamna nama diberi. Kot kot kat yang membuka kawasan tu orang dari Auclands

Saz-e-La said...

jalan2..terjumpa blog ni...menarik sebab koi pun orang pahang..

dah kalau gtula yek..mana plok dtgnye nama tmpt koi..kuala krau...org kata sbb dlu kat kuala tu banyak kera...tp jauh plok jadinya kera dgn krau