Followers

Sunday, June 14, 2009

Buah Tangan

Kalau pergi melawat keluar negara, ada je buah tangan yang dibawa balik untuk anak isteri. Tak kiralah kemana, Kalau ke Medan atau Surabaya paling koman pun, kain batik jawa. Kalau pergi ke Sarawak, dah tentu ikan terubuk masin. Beli lah lebih sikit untuk mak dan mak mertua. Atau pun belilah kek lapis untuk kawan-kawan dan jiran. Bila ada mesyuarat di Langkawi dah tentu ada lah buah tangan untuk orang yang menunggu di rumah.

Tetapi di Pahang hanya ada beberapa tempat yang kita teringatkan buah tangan untuk dibawa balik. Kalau ke Cameron Highlands dah tentu cari jugalah buah strawbery atau kobis. Tak pun teh cameron. Kalau pergi balik hari ke Lepih, buat buat lupalah nak beli buah tangan tu. Tapi kalau dah masuk tiga empat hari kerja disana, elok lah beli buah tangan. Cari je gula kabung di pasar Lepih atau Pekan Sari Benta. Gula Kabung banyak diusahakan oleh orang Peruang, Tulang Padang dan Budu. Regenya sekitar RM 6.00 sebuku.

Di Jerantut ada perusahaan membuat daging salai di kampong Koi, Damak. Daging salai sedap di buat masak lemak. Beli lah dua tiga bungkus untuk dirasa oleh anak-anak.

Kalau tak de benda sangat singgahlah di gerai gerai tepi jalan sekitar Karak dan Lanchang, boleh juga beli jambu air sesekilo dua. Taklah sampai RM 20.00 pun.

Ikan patin dan ikan talapia juga boleh dijadikan buah tangan. Siang, buang perut dan bungkus elok elok kalau nak bawak jalan jauh. Kalau nak, boleh. Dari Temerloh pergilah ke jalan nak pergi Bera dekat kg. Buntut Pulau atau kg. Pangsenam. Tepi tepi sungai tu banyak amat orang yang jual ikan sungai.

Pelancung pelancung yang menaiki bas pelancungan akan disinggah di kedai ikan masin Batu 3, Kuantan untuk beli ikan masin untuk dijadikan buah tangan apabila balik ke tempat masing-masing. Tapi kita bolehlah pergi Peramu atau Tanjung Lumpur untuk beli keropok, otak-otak atau sata untuk dijadikan buah tangan apabila berkunjung ke Kuantan.

Tapi jangan lah bergurau bawak balik buah kelapa sawit pulak sebagai buah tangan apabila berkunjung ke Felda Kota Gelanggi nanti tak pasai-pasai kena baling dek buah kelapa sawit.

2 comments:

ucop said...

Kalu gi sarawak bukan ikan terubuk masin yg hok orang nok sangat...ada lagi tu

endiem said...

yang itu malas cakaplah..